Muzik!!
Sekarang aku tengah mengikuti nota online belajar piano di www.thefxcode.com . Setakat ni apa yang aku tgh belajar ialah Lesson 4.1 Fingering The Keyboards. Aku baru bermula pada 30 November 2008. Hari aku menulis post ni ialah 1 Disember 2008. Selepas aku habis memahamkan sume ni, aku akan cuba sewa piano di satu kedai alat muzik berdekatan tempat tinggal aku, Nocturne Music untuk praktis piano.
Susah nak fahamkan nota ni sebab, 1) ketiadaan guru untuk aku bertanya part mana yang aku tak faham, 2) nota dalam Bahasa Inggeris, 3) adanya banyak kosa kata muzik yg aku x biasa dengar.
Tapi kalau aku berusaha, aku mesti boleh buat semua ni! Lagipun, kalau difikirkan, aku bukan tak ada langsung rujukan tentang muzik. Kawan baik aku, Yurika, pra-violinist tgh belajar dgn sorang cikgu yg tau jugak instrumen piano selain violin. Aku ada nombor cikgu tu. Jadi kalau ada apa2 yg aku perlu tanya, aku boleh cuba contact dia, walaupun sebenarnya dia x kenal aku pun T_T
Penulisan!!
Aku merancang aku nak buat sebuah novel blog. Maksudnya cerita tu akan menjadi sebuah novel online. Laman webnya dah ada, cuma buat masa ni ia tak boleh lagi diumumkan sebab masih dalam proses penulisan. Bila dah sampai satu tahap aku boleh terus menulis secara konsisten atau novel tu dah habis ditulis, aku akan umumkan laman web tu. Kalau korang tengok post aku sebelum ni, itulah cerita yg aku kisahkan. FourChasery.
GANBATTE UTK AKU!
GANBATTE UTK AKU!
GANBATTE UTK AKU!
YEAHH~
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment