Friday, March 23, 2012
The blurry romance
Posted by Teera Flyhearty at 3:20 AM 0 comments
Labels: General
Wednesday, February 15, 2012
Positif
Dua entri sehari. Tak apa kan?
Oklah, hari ni sorang kawan saya ada masalah dengan salah seorang lecturer. Bukan masalah peribadi, atau tak puas hati, atau apa. Jadi kami bercakaplah mengenai perkara ni, dan tiba-tiba dia keluarkan ayat macam ni,
"Aku tak sama macam kau, Teera. Kau jenis positif. Kalau ada perkara-perkara buruk, kau terus manipulate benda tu jadi baik."
Termenung kejap.
Kalau betullah saya ada sikap macam tu, alhamdulillah.
Tapi pada saya, positif adalah salah satu teknik survival yang penting. Being positive isn't a choice, it is a need.
Positive, in a good way, adalah salah satu cara untuk kita terus kuat meneruskan kehidupan. Kita bersemangat menghadapi ujian sebab kita tahu, di sebalik ujian tu, tersembunyi potensi yang boleh meningkatkan kualiti diri kita.
Dah tentulah, bukan senang menjadi positif. Proses untuk menjadi positif, adalah proses implementation untuk mengubah mind set kita. Untuk mengubah mind set, perlukan masa yang lebih dari sehari dua.
Tapi itulah, bila orang kata "susah", yang kita dengar adalah "mustahil". Walaupun dua perkataan tu berbeza.
Sesusah manapun sesuatu masalah, mesti ada jalan keluar. Cuma kena tengok betul betullah apa jalannya, macam mana jalannya, tersurat ke tersirat. Yang pasti, ada.
Cubalah positif untuk menjadi positif. Saya doakan :)
==================================================
Minggu lepas ada satu kejadian yang memalukan saya dan kawan kawan. Tak perlulah saya describe kejadian apa, dan di mana, cuma kesan dari kejadian tu, saya rasa sangat sedih, dan degraded.
Entahlah. Saya dan kawan kawan dihukum atas satu kesalahan yang kami tak buat. Saya akui isu yang diutarakan itu, betul betul terjadi dalam kalangan kami, tapi sebahagian besar dari kami tak buat perkara tu. At least, bukan saya, bukan kawan-kawan yang rapat dengat saya.
Sungguh, itu kali pertama saya sekecewa itu. Kali pertama saya rasa diperkecilkan, hingga saya rasa saya lebih kecil dari zarah. Ini kali pertama saya rasa teraniaya dan dipijak pijak.
Dan nyatanya, bukan saya seorang rasa macam tu. Semua kawan saya rasa perkara yang sama.
Sekarang, perasaan dipijak pijak tu dah hilang. Cuma kesal. Orang yang saya percaya, tahu pendekatan terbaik dalam mendekati diri kami, menggunakan cara yang paling saya tak sangka.
I regret the way they approached us.
Tapi ada satu quote, "smart woman forgive but never forget." Saya maafkan, tapi untuk lupakan, tidak. Supaya ia jadi pengajaran buat saya, dan salah satu memori hidup saya.
Posted by Teera Flyhearty at 1:32 AM 0 comments
Labels: General
Saturday, February 4, 2012
Salam Maulidur Rasul
Posted by Teera Flyhearty at 6:21 PM 0 comments
Labels: General
Sunday, January 15, 2012
Critical Literacy's assignment.

Posted by Teera Flyhearty at 2:40 PM 0 comments
Labels: General
Thursday, December 1, 2011
Masa Depan
Posted by Teera Flyhearty at 5:45 PM 0 comments
Labels: General
Monday, May 9, 2011
8 Ways To Make Your Relationship Works
Posted by Teera Flyhearty at 3:30 PM 0 comments
Saturday, May 7, 2011
Aktiviti masa bosan. Pls don't read because it's junk.



Cloud: Want a bike? then you can come riding with me :D
Vincent: You're so cute, just like a little sis
Zack: I just wanna hug you so much...so sweet, just like a marshmellow =)
Squall: you're cool, know anything about healing cutsmumbles stupid seifer...
Wakka: you would make a great daughter :) very kind and caring
Sephiroth: ugh...family love ... bleh...get me a bucket
Yuffie: You're like the perfect sister :)
Tifa: I could do with a fighting partner, lets go kick butt :P
Rinoa: How are you so kind :) we should hang out more
2nd version
Cloud: Shes very kind, and a great fighter.
Tifa: Shes a sweetheart! And VERY skilled in a battle.
Aeris: A goodhearted person.
Yuffie: I like her, but she does have a temper....
Vincent Valentine: She uses her weapon well, and is very kind....(I think he likes you!)
Cid: Shes a great kid!
Barret: She surprised me with her strengh, and she has a slight temper....
Rufus Shinra: I think shes a very pretty young lady, but she needs to watch what she says....
Reno: SHE IS HOT! Shes like the whole package, beauty, brains, attitude. Shes just awsome!(WOW he must really like you too)
Rude: She is a good fighter.
Tseng: I dont know her to well.
Elana: She is normaly very sweet, but that temper....
Sephoroth: I dont see how she could ruin my plan so I dont really care.
Kadaj: Hmmm.... Shes good in a fight.
Yazoo: She is a very interesting person....
Loz: shes nice, exept when shes mad....
Grr. Lame lame lame. Tapi saya sangat bosan laaaaaaa T.T
Posted by Teera Flyhearty at 11:14 PM 0 comments
Labels: General
Wednesday, April 6, 2011
Bangga dengan diri sendiri
Posted by Teera Flyhearty at 11:04 AM 0 comments
Labels: General
Saturday, April 2, 2011
Random updates
Posted by Teera Flyhearty at 9:35 PM 0 comments
Labels: General
Saturday, March 5, 2011
Belum rasa nak update
Posted by Teera Flyhearty at 7:37 PM 0 comments
Labels: General
Thursday, February 3, 2011
Professionalism
Hello hello Malaysia =)
Sekarang saya berada dirumah, yeay XD saya rasa tenang sikit walaupun petang tadi saya rasa kecewa.
Sebab saya tak tahan dengan orang yang mencampur adukkan isu peribadi dalam urusan profesional. I CAN'T STAND IT.
Kalaulah ya pun ada isu peribadi dengan kami, tak boleh tunggu lepas habis presentation ke baru settle? Saya betul-betul terkejut dan menyirap bila kamu boleh CANCEL PARTICIPATION kamu at the moment group kita kena present? Sudahlah discussion sebelum ni kamu tak datang, kamu tak contribute idea kamu langsung. Boleh pulak kamu buat tak kisah masa kami panggil kamu datang untuk join kami prepare slideshow masa-masa genting tadi?
Saya kecewa dengan tahap professionalism kamu. Kamu berjaya buat saya rasa geram sangat-sangat setiap kali ingat muka tak kisah kamu tu. Dan kamu berjaya buat saya rasa "no second collaboration between you and me please?"
Dan jangan ingat saya cover bahagian kamu sebab saya nak cover kamu. Saya cuma nak presentation kita tak ada lompong yang lebih besar disebabkan sikap bodoh kamu.
Saya sedih juga dengan sikap segelintir orang di kolej saya ni. Saya tahu ada yang tak suka saya. I mean, I know who you are. Saya tak dapat halang kamu dari benci saya. Cuma, janganlah kacau hidup saya. Saya tak kacau hidup kamu. Apa yang ada pada saya ni sampai kamu rasa terancam and kacau saya?
Saya dan kamu, berhubung atas dasar profesional. Masa kita perlu berkolobrasi, saya akan beri kamu hasil kerja saya yang terbaik. Saya takkan kacau personal kamu. Saya akan beri kamu appreciation yang sewajarnya atas effort yang kamu lakukan.
And I expect the same from you.
Be professional, could you people?
Posted by Teera Flyhearty at 12:27 AM 0 comments
Labels: General
Wednesday, January 5, 2011
Balik, Phantom
Posted by Teera Flyhearty at 12:16 PM 0 comments
Labels: General
Wednesday, December 15, 2010
Mentaliti yang perlu diubah
Saya perasan bahawa, orang kita cepat marah bila isunya berkaitan agama, terutamanya.
Isu pegang babilah, orang kafir masuk masjidlah, isu zinalah... isu-isu macam tu. Sikit-sikit nak marah.
Saya pun nak marah, tengok mentaliti yang macam ni.
Sebelum anda marah, tolong kaji betul-betul hukum yang berkaitan dengan isu tu. Saya tertarik dengan satu artikel yang saya dapat dari facebook.com, berkenaan pegang anjing atau babi. Benar, pegang binatang-binatang tu tidak haram, yang haram tu memakan dagingnya.
Lebih info, di sini.
Tolonglah, jangan simply kecoh. Saya, dan kebanyakan anda, bukannya expert agama. Jadi apabila sesuatu isu ditimbulkan, bukan ke lebih baik mengadakan diskusi, kaji dulu, bukannya marah membabi buta macam tu.
Saya juga tertarik dengan artikel oleh Fatimah Syarha dalam majalah Solusi, berkenaan dengan hukum bertudung. Dalam artikel tu, beliau mengatakan masa beliau utarakan isu ini dalam blognya, ramai yang melenting, memakinya, bertanya apa perlunya persoalkan hukum bertudung yang terang terangan wajib?
Ada juga yang menyarankan saranan 'lemah', iaitu merujuk dalil al-Quran dan hadis.
Manusia-manusia sekalian... saya tahu anda beriman. Jadi dah tentu anda tak ada keraguan mengamalkan apa pun yang Allah dan Nabi kata. Tapi soalan tu menuntut anda untuk menjawab secara bijaksana. Sebab soalan tu datangnya dari orang seagama anda, bolehlah anda persoalkan pengetahuan agamanya. Kalau datangnya dari orang yang baru nak kenal agama kita?
Untuk mengamalkan hukum, kita perlu berpengetahuan. Begitu barulah kita boleh mendapatkan hujah yang kuat, andai kata ada yang membidas. Begitu juga barulah kita boleh melaksanakan hukum dengan ikhlas. Sebab tak berpengetahuanlah, ramai yang bertudung, tapi perut ada isi.
Dan berkenaan lemah. Saya tak maksudkan dalil al-Quran dan hadis itu lemah. Dalil-dalil itu adalah dalil terkuat yang wajib kita beriman dengannya. Tapi cukupkah dalil-dalil itu, untuk memberi penerangan kepada orang yang tak percayakan al-Quran dan hadis? Kalau nak lawan orang seagama anda, atau nak mencari kesahihan sesuatu hukum, bolehlah dalil-dalil ini diguna pakai. Tapi untuk menerangkan hukum kepada orang bukan Islam? Dah tentu kita perlukan cara lain yang lebih sesuai dengan pemikiran mereka.
Saya anti dengan mereka yang langsung menolak untuk meneroka budaya Barat. Orang Barat berjaya mengawal kita kerana mereka mengkaji kita. Mereka tahu apa kelemahan kita untuk ditindas, apa kelebihan kita untuk dieksploitasi. Nak mengetahui kelemahan pihak lawan, kita kenalah kaji pihak lawan.
Dunia tak boleh dipandang dari sisi hitam atau putih, sebab dunia tu warnanya kelabu.
Posted by Teera Flyhearty at 9:34 AM 0 comments
Labels: General
Friday, December 3, 2010
Pengajaran
Posted by Teera Flyhearty at 10:28 PM 0 comments
Labels: General
Saturday, November 27, 2010
Sekadar mengepost
Posted by Teera Flyhearty at 10:45 PM 0 comments
Labels: General
Monday, November 15, 2010
Tanggungjawab pada DECOM
Sejak akhir-akhir ni, saya sangat kebosanan di asrama. Sebab sekarang minggu final, sudahlah gap antara subjek sangat panjang sampai 4 hingga 5 hari, jadi ramai yang balik. Saya stay di hostel kerana pada hari Khamis (next day after Raya Haji), saya perlu menduduki peperiksaan. Memang saya boleh balik pada hari Rabu, tapi susahlah family nak hantar saya sebab confirm pada masa tu, semua orang masih dalam mood raya. Lagipun, kalau saya balik, seorang room mate akan tinggal sorang-sorang. Jadi saya pun stay.
Tapi itu bukan ceritanya.
Pada hari pertama final, saya habis menjawab agak awal, jadi saya tunggu rakan-rakan saya di luar dewan. Saya dengan 2 orang budak perempuan. Kemudian, ada seorang pengawas peperiksaan, lelaki, keluar dan duduk bersama kami. Dia bertanya kepada kami, apa maksudnya satu perkataan ni (maaf, dah lupa). Perkataan tu kami tak pernah dengar, jadi kami hanya menjawab tak tahu. Kemudian dia kata,
"Tak tahu? DECOM(English Communication) takkan tak tahu. Kan kamu ambil English?"
Kemudian, dia berbahasa Inggeris dengan kami. Fasih.
Seketika saya memikirkan kata-kata pengawas tu. Saya menafsirkan bahawa pengawas tu cuba memberitahu kami bahawa, sebagai seorang DECOMers, kami patut lebih tahu dengan apa yang kami ambil. Dengan kata lain, kami mesti lebih bertanggungjawab dengan subjek kami. Simply sebab, saya yakin, orang akan assume kami sebagai berpengetahuan dalam Bahasa Inggeris. Memang lumrah, kan. Kalau ambil Computer Networking, orang akan assume kita pandai komputer.
Saya tak rasa pengawas tu tak mahir BI. Sebab dia bercakap dengan fasih. Pada hemat saya, dia hanya menguji. Sejauh mana rasa tanggungjawab kami pada subjek kami.
Posted by Teera Flyhearty at 3:06 PM 0 comments
Labels: General
Sunday, November 7, 2010
Snippet
1. Yeay, changing Blogspot's layout to Hello Kitty! Recently, I fell for Hello Kitty. (What? I'm a girl!) I am even dreaming of my Hello Kitty's room! Sure it's nice, isn't?
2. I am attacked by allergy! Which is I don't even know what I should be banned from. Food? Perfume? Now some parts of my body are itchy. And red spots! Uhhh.....
3. I am burdened by a lot of assignments!! X(
4. I am planning to work at my father's company to fill my sem's break. Just plan, not a real decision yet.
5. Something (read: someone) caught my eyes, but I'm just not sure with it... Is it for real, or just another crush?
6. That's all for my snippet today.... See ya!
(Actually I am damn bored right now =( )
Posted by Teera Flyhearty at 11:09 PM 0 comments
Labels: General
Saturday, October 16, 2010
treadmill dan parasit
Rumah sudah ada treadmill, bike dan sauna. Maka haruslah dimanfaatkan. Semoga anda tak terkejut kalau terjumpa saya versi slim, okay! ^_~
Dan. Hey kamu. Sila membesar. Saya tahu kita ada salah faham sebelum ni. Walaupun ianya hanyalah hal yang kecil. Tapi sila faham. Bahawa. Anda langsung bukannya apa-apa dalam hidup saya, selepas terjadinya pertelingkahan yang unfair itu. Untuk saya ambil tahu. Mahupun tanya itu ini. Maksudnya. Cukuplah kamu dengan dunia kamu, dan saya dengan dunia saya.
Tapi anda mahu juga jadi parasit hidup saya. Kenapa? Adakah perhatian saya untuk kamu sangat bernilai dalam hidup kamu? Adakah kamu rasa dengan mengkhianati saya, kamu akan dapat perhatian saya yang kamu idamkan? Saya lebih suka untuk menjawab tidak.
Saya tak kacau hidup kamu. Dan saya rasa kamu adalah masalah yang sangat kecil untuk saya fikirkan. Maka. Sila jangan ganggu hidup saya. Kalau rasa-rasa perhatian saya sangat penting, raihlah dengan berhemah. Saya tahu saya sangat penting bagi kamu. Jadi sila berterus-terang.
Sila jangan anggap saya perasan. Pernah dengar perkataan "sinis"?
Sebenarnya orang seperti kamu tidak sepatutnya menjadi masalah langsung buat orang seperti saya. Tapi biasalah, kadang-kadang 'orang kecil' nak juga menghimpit 'orang besar'.
.
Posted by Teera Flyhearty at 9:40 PM 0 comments
Labels: General
Wednesday, October 13, 2010
Mencintai Kerana Agama
"Aku mencintaimu kerana agamamu. Hilangnya agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."
Saya memperoleh kata-kata ini daripada sebuah buku tentang cinta dan perkahwinan berlandaskan Islam.
Kata-kata yang kedengaran cantik. Namun secara peribadi, saya tidak begitu menyetujui pendapat ini. Kerana saya menganggap ianya adalah cinta bersyarat. Dan cinta seharusnya tidak bersyarat.
Ya, benar. Nabi menyarankan kita untuk mengutamakan aspek agama jika ingin mencintai. Dan sememangnya, cintakan seseorang kerana imannya, lebih kukuh berbanding kerana rupa, keturunan atau kekayaan.
Namun adilkah jika kita mencintai seseorang kerana agamanya, dan setelah melalui pelbagai perkara bersama-sama, ditakdirkan agamanya sedikit goyah... kita membuangnya dari sudut hati kita? Samalah macam mencintai seseorang kerana harta... apabila sudah miskin, kita tinggalkan orang itu.
Pada pendapat saya, cinta merupakan antara medium terbaik untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. Maka, jika agamanya tertanggal dari kehidupan orang yang kita cintai... Atas dasar cinta, bimbinglah orang itu kembali ke fitrahnya. Jangan terus tinggalkan dia.
Mungkin lebih baik jika kata-kata itu berbunyi begini.. "Aku jatuh cinta padamu melalui agamamu, dan aku akan terus mencintaimu sekalipun kamu jatuh kerana kamu pernah memiliki iman yang menawan hatiku dahulu."
Posted by Teera Flyhearty at 12:04 AM 0 comments
Labels: General
Saturday, October 2, 2010
randomly updated
Posted by Teera Flyhearty at 12:32 PM 0 comments
Labels: General





