THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 16, 2010

treadmill dan parasit

Rumah sudah ada treadmill, bike dan sauna. Maka haruslah dimanfaatkan. Semoga anda tak terkejut kalau terjumpa saya versi slim, okay! ^_~

Dan. Hey kamu. Sila membesar. Saya tahu kita ada salah faham sebelum ni. Walaupun ianya hanyalah hal yang kecil. Tapi sila faham. Bahawa. Anda langsung bukannya apa-apa dalam hidup saya, selepas terjadinya pertelingkahan yang unfair itu. Untuk saya ambil tahu. Mahupun tanya itu ini. Maksudnya. Cukuplah kamu dengan dunia kamu, dan saya dengan dunia saya.

Tapi anda mahu juga jadi parasit hidup saya. Kenapa? Adakah perhatian saya untuk kamu sangat bernilai dalam hidup kamu? Adakah kamu rasa dengan mengkhianati saya, kamu akan dapat perhatian saya yang kamu idamkan? Saya lebih suka untuk menjawab tidak.

Saya tak kacau hidup kamu. Dan saya rasa kamu adalah masalah yang sangat kecil untuk saya fikirkan. Maka. Sila jangan ganggu hidup saya. Kalau rasa-rasa perhatian saya sangat penting, raihlah dengan berhemah. Saya tahu saya sangat penting bagi kamu. Jadi sila berterus-terang.

Sila jangan anggap saya perasan. Pernah dengar perkataan "sinis"?

Sebenarnya orang seperti kamu tidak sepatutnya menjadi masalah langsung buat orang seperti saya. Tapi biasalah, kadang-kadang 'orang kecil' nak juga menghimpit 'orang besar'.

.

0 comments: