THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, October 13, 2010

Mencintai Kerana Agama

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Hilangnya agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."

Saya memperoleh kata-kata ini daripada sebuah buku tentang cinta dan perkahwinan berlandaskan Islam.

Kata-kata yang kedengaran cantik. Namun secara peribadi, saya tidak begitu menyetujui pendapat ini. Kerana saya menganggap ianya adalah cinta bersyarat. Dan cinta seharusnya tidak bersyarat.

Ya, benar. Nabi menyarankan kita untuk mengutamakan aspek agama jika ingin mencintai. Dan sememangnya, cintakan seseorang kerana imannya, lebih kukuh berbanding kerana rupa, keturunan atau kekayaan.

Namun adilkah jika kita mencintai seseorang kerana agamanya, dan setelah melalui pelbagai perkara bersama-sama, ditakdirkan agamanya sedikit goyah... kita membuangnya dari sudut hati kita? Samalah macam mencintai seseorang kerana harta... apabila sudah miskin, kita tinggalkan orang itu.

Pada pendapat saya, cinta merupakan antara medium terbaik untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. Maka, jika agamanya tertanggal dari kehidupan orang yang kita cintai... Atas dasar cinta, bimbinglah orang itu kembali ke fitrahnya. Jangan terus tinggalkan dia.

Mungkin lebih baik jika kata-kata itu berbunyi begini.. "Aku jatuh cinta padamu melalui agamamu, dan aku akan terus mencintaimu sekalipun kamu jatuh kerana kamu pernah memiliki iman yang menawan hatiku dahulu."

0 comments: