THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �
Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Dulu. Dan Sekarang.

Teringat semula, betapa banyak saya dah kehilangan diri saya.

Saya dah lama tak luangkan masa untuk tengok bintang, atau tengok senja, atau hirup udara pagi.

Saya dah lama tak melukis.

Saya dah lama tak dengar muzik instrumental.

Saya hampir terlupa yang Tohru Honda adalah karekter yang saya nak contohi.

Dulu, saya tak pernah kisahkan tentang orang lain. Saya tak kisah pun minah tu dapat berapa A, mamat ni pegang berapa jawatan, orang tu orang ni.

Dulu, saya cuma tahu berangan, despite of semustahil mana pun angan-angan saya. Angan-angan saya tak pernah dicemari dengan fikiran, "tak mungkin."

Dulu, saya tak tahu yang saya akan berubah jadi macam apa yang saya jadi hari ni.

Terasa macam nak jadi macam dulu semula, tapi that way, saya terasa macam saya berusaha jadi orang lain. And I don't want that.

Tolonglah. Saya tak kisah perempuan macam mana saya akan jadi.

Saya cuma nak jadi "hadiah", untuk semua orang, dan juga untuk diri sendiri.

Saturday, February 4, 2012

Depressed


Hi. Saya sangat depress baca buku 3,069 Days ni, lepas tonton The Pianist.




Entahlah. I had no clue what The Pianist is all about masa lecturer cakap kami kena tonton cerita ni untuk assignment. Saya cuma terfikir, kalau title nya The Pianist, tentu tentulah ceritanya pasal muzik kan? Sekali kauu, rupanya cerita ni pasal Holocaust. Terkejut saya, tengok aksi aksi "kurang manusia" sebab saya tak bersedia pun nak tengok perkara macam tu. Sampai sekarang bayangan askar Nazi campak orang Yahudi yang disabled macam tu je dari tingkat atas (not remember which floor).

Cerita 3,069 Days ni pun sama. Pengalaman Natascha kena culik, kurung and abused sampai lapan tahun tu ngeri kot, macam saya pun kena sekali. Hidup dalam total darkness bukan senang weih, boleh buat orang jadi gila, hilang ingatan bagai tau. Terasa rasa macam cellar yang dia duduk tu, saya pun duduk sekali. Nauzubillah.

Saya memang tak boleh tengok kot cerita yang tak ada humanity macam ni. Dulu pun saya pernah tonton An American Crime, yang pasal Sylvia Likens kena tortured sampai mati tu. Dua tiga hari saya rasa bersalah pada Sylvia Likens sebab tak ada orang tolong dia, walaupun kes dia tu terjadi sebelum saya lahir, agaknya masa mak ayah saya kecik lagi.

Ya Allah, tolong lindungi kami dari kebinasaan :'(

Monday, January 16, 2012

Jealous. Sorry.


Stress. Saya stress.

Stress tengok orang muda yang pandai pandai. Umur baru setahun dua lagi tua dari saya, tapi your knowledge dah sangat macam ocean.

Mana kau belajar hah?

Belajar kejuruteraan dan jugak pandai bahasa. Bukan setakat bahasa Inggeris atau Melayu, bahasa Jerman pun boleh, siap boleh betulkan grammar Jerman orang.

Paling penting, anda punya skil berfikir secara kritis. Dan anda bukan ignorant.

Kadang-kadang, perkara kecil dalam hidup ni yang tak pernah saya peduli, anda angkat sebagai satu isu yang sebenarnya sesuai untuk difikir.

I want to have many skills like you :'(

Ahh. Stress tengok orang bijak. Muda pulak tu.

ps: Dear kaktam, if you ever read this, I'm so sorry for not replying your PM on facebook. Will try to search more on that later. Nak mesej takde kredit >.<

Tuesday, December 20, 2011

Maafkan.

Maaflah...

Saya harap saya tak buat awak sebal.
Saya harap saya tak buat awak rimas.
Saya harap saya tak buat awak menyampah.

Saya minta maaf.

Monday, December 5, 2011

Lari dari realiti


Realiti ni penat sangat.

Saya nak lari dari kenyataan kejap.

Nanti saya balik semula.

:)

Friday, December 2, 2011

Call me.


Hey.

If you ever read this...

And think we have something unsettled (because I do).

You can call me out.

Anytime.

Sunday, November 6, 2011

Please.

zack aerith Pictures, Images and Photos


Please don't resurface.

I couldn't handle it.

:'(

Sunday, September 25, 2011

Losing dreams


Hello hello Malaysia :)

Baru-baru ni Joey get excited dengan kerja baru dia, which is good sebab barulah saya nampak yang dia ada sisi gembira, selama ni dia realistik sangat sampai nak berangan sikit pun tak boleh pada dia.

Which reminds me that I have no dreams to be excited about.

Saya dulu ada banyak sangat impian. I wanna be florist with a huge flower field. I wanna be someone with music skills. I wanna have my own anime with my friends. I wanna write novels. All those ridiculous, countless dreams.

Tapi sekarang, saya tak tahu mana pergi tu semua.

Dulu, saya boleh dengan muka tak malu, main Gundam Gundam dengan Yurika dan Airie. Saya boleh berlari lari sekitar sekolah walaupun pengawas pandang kitorang macam gangster pandang samseng. Saya melukis 3, even 5 drawings per day.

Sekarang nak habiskan 1 drawing pun tak boleh.

I lose to reality.

I was separated to my bestfriends. I lost love. I leave my homely heaven. I was betrayed, I was all alone in whole new era in my college, I faced with some fragile, even fake relationships and friendships. Saya berdepan dengan semua ni, sebab saya nak belajar jadi dewasa.

I don't regret it, really. All those is part of who I am now. Life has been great with great friends, awesome family, all those wonderful things. I started my maturity with a thought that I wanna be useful, brilliant adult. And I am getting to that thought.

Tapi realiti macam merampas semua angan-angan saya.

I want to want that. Saya nak ada ridiculous dreams macam dulu. Biarlah nonsense macam mana pun but that was the thing that made my life filled.

I want to want that. Tapi dengan semua yang 'realiti' dah ajar saya, it seems impossible to have those kind of dreams again.

Tapi saya kena bermimpi lagi, or else, I will not be able to love myself, and I will not be able to love others right.

Saturday, September 3, 2011

Saya dah gemuk macam ogre


Hello hello Malaysia :)

Ok, kaklang kata saya dah lama sangat tak update blog. Ni dah update!

Saya nak bercakap tentang berat badan saya.

Saya bukan jenis timbang berat, jadi current weight saya, saya tak tahu. Tapi recently saya tengok diri saya kat cermin, I was like, "ohh monster gemok sapekahhhh ini??" No seriously, saya tak concern sangat tentang berat saya. Saya tahu saya slightly overweight, tapi mungkin sebab saya ni SLIGHTLY overweight, saya rasa saya masih dalam comfort zone. Tapi saya terfikir balik, tengah dalam zon SLIGHTLY ni la saya kena turunkan berat badan. Kalau dah terbabas obese, tak ke susah?

Last weighing saya menunjukkan bahawa saya seberat 60 kg dengan tinggi 157 cm. Berat sasaran saya adalah 48 kg, paling rendah 46 kg. Tapi saya tahu nak terus sasarkan 48 kg tu bukan senang. Jadi as a starter, saya sasarkan turun 5 kg dulu untuk bulan ni. Maksudnya setiap minggu saya kena turun 1 kg, except for 1 week saya kena turun 2 kg.

Jadi big meal kena sekali sehari saja, and snacks haruslah setiap 2 jam. Saya nak jadikan biskut Oat as my snacks. No more maggi please! Paling paling pun saya akan provide instant mashed potato kalau saya bosan sangat makan biskut oats.

Untuk big meal, saya kena avoid AYAM! Okay, lets make some record. Saya akan cuba untuk tak ambil ayam in every my big meal. Saya cuma akan ambil ikan, sayur dan lauk lain. Perhaps telur ayam pun saya takkan sentuh. Try this in a week.

Ohh, itu tentang diet. Saya dah minta tolong roommates saya, Ainul, Maa dan Ain untuk encourage saya bersukan petang petang. As a starter, saya mulakan dengan badminton kot. Sebab saya agak ok dalam sukan badminton, tapi sebenarnya, saya pancit dengan semua sukan! Sekarang sebagai perangsang, saya nak cuba badminton dulu.

Peringatan untuk diri sendiri: Kurus bukan sebab nak cantik. Kurus untuk sihat.

Majulah sihat untuk negara!

Tuesday, June 28, 2011

I'm a mess


Hello hello Malaysia :)

Hari ni I am really in mess.

Semalam dapat result untuk last sem. Unfortunately sebab saya berlagak pandai sangat last sem, result saya jatuh. -0.06 untuk CGPA, -0.1 untuk GPA.

Semalam jugak laptop saya bau hangit. Well it's expected sebab laptop saya ni dah lebih 6 tahun rasanya. Saya pemegang ketiga laptop ni. Guess it's a call for new lappy, tapi saya tak ada budget.

Not very long time ago saya hilang satu memory card. I've been looking for it but didn't found it, so saya give up jelah. And recently saya jumpa satu memory card baru. It's "buried" in an old phone yang nampak baru tapi dah rosak. Of course, saya pindahkan card tu dalam phone saya. It worked once I opened it on my PC, saya kosongkan content memory card tu, but I didn't put any files in it yet.

Saya snap gambar from my phone and it fail to save. Well, saya open la balik dalam PC and format it, macam biasa. Lepas format lagi haru. MY MEMORY CARD CAN'T BE DETECTED. So tak boleh reformat, copy file etc etc. Even capacity pun dia tunjuk zero kat Properties. I've been looking for its solution kat internet, and now still trying.

Haha, saya pun tak tahulah apa yang saya tulis sekarang. Guess I've to sort myself out. See ya!

Saturday, June 18, 2011

Salam Takziah


Hello hello Malaysia.

Pagi ni, seorang rakan sekolah saya telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Saya tak rapat dengan beliau, tapi saya tetap sedih. Afterall, he was my school mate. In any way, we've been linked.

Saya harap beliau tenang disana, dan semoga Allah melindungi dia dari sebarang penderitaan.

"Safe trip", Meloy :'(

Monday, June 6, 2011

Fears.

Hello hello Malaysia :)

Photobucket


An unexplainable fear is attacking me since not so long ago.

It's more to my biggest wake up call.

And I have to make it clear as soon as possible, for I can't handle this for a long time.

Pray for me pls.

Monday, May 16, 2011

External hard disk


Hello hello Malaysia :)



Impian saya - external hard disk!

Saya nak hard disk. Saya ada banyak games yang saya nak simpan lepas main. Game Phantom of the Opera yang saya main dulu saya terpaksa delete. Iskk! Dire Grove pun saya terpaksa transfer ke PC rumah. T.T

Saya pun nak simpan banyak movies. Abang saya save banyak anime dalam PC dia, saya mestilah nak ambik.

Lagu saya pun makin banyak. Gambar pun mestilah ada yang saya nak simpan. T.T

Backup assignment lagi. T.T

Setakat ni saya buat langkah selamat. Biasanya saya download games dalam bentuk zipped. Lepas extract saya takkan delete zipped tu. Saya main sampai habis kemudian delete game tu. In case saya nak main semula, saya boleh extract balik.

Movies pun banyak yang saya delete. Agak-agak tak beri effect pada saya, saya delete.

Gambar pun sama. Saya cuma save untuk diri saya gambar kelas 1B, gambar logo kolej untuk assignment, dan gambar desktop saya sekarang. Untuk kakak saya, saya save gambar kahwin dia.

Backup assignment semua dah delete. Agak risky untuk delete sebab saya save untuk future problems, in case kalau assignment hilang pada tangan lecturer ke, atau assignment rosak etc, saya cuma kena print out semula and bagi pada lecturer. Tapi rasanya ok kot.

Sebab tulah saya perlukan EXTERNAL HARD DISK!

Saturday, May 14, 2011

Sympathy, comparison, paying back


Hello hello Malaysia :)

Saya cuma nak share beberapa perkara yang buat saya tak puas hati.

**Warning : Very long post!

1. Pernah tengok cerita Sedepa Ke Syurga? Saya baru tengok tadi kat Astro Prima. Cerita ni pasal seorang budak lelaki cacat and muka buruk sampai mak sendiri pun benci. Worse, ayah dia dah mati and adik perempuan dia tak dibenarkan bercakap dengan dia. Tapi saya tak tengok sampai habis, sebab saya meluat dengan perkara yang dia gambarkan dalam cerita tu.

Saya tak suka dia gambarkan kesusahan sebagai hopeless. Dan sadness sebagai something yang patut orang simpati. Kenapa nak gambarkan macam tu? Hardship means booster, or even opportunity. Kalau miskin, kena buat kerja sikit dah rasa layu. Kena buli sikit, lembik terus. Hey come on lah. You can't play with sympathy because it gets you to nowhere. Kalaupun orang simpati, apa yang diorang boleh bagi is just temporary help. And kalau orang simpati, takut kita yang tak boleh hidup tanpa budi orang.

Kenapa fokus pada kesusahan dibenci, kesusahan jadi miskin etc etc bila kita boleh fokus pada usaha diorang setiap hari?

Saya tak pasti bila kali terakhir saya simpati pada diri sendiri, and with proud I tell you, I proud with myself that I never feel sorry for myself. Saya tak menyesal dengan apa yang pernah saya lalui, even if it was my worse. And I am not very sure kalau saya pernah simpati kat orang, tapi, I believe people deserve opportunity, not sympathy.

Fullmetal Alchemist Brotherhood is old anime, tapi saya nak suggest supaya tengok cerita ni. Saya suka cara dia emphasize pada ketabahan Edward Elric and gang setiap kali diorang sedih. This is how world works. Don't play with sympathy.

Fullmetal Alchemist Brotherhood Pictures, Images and Photos

2. Saya tak suka orang compare hidup sendiri dengan hidup orang lain. Orang selalu kata kat saya, "kau bolehlah, kau pandai. tak belajar pun boleh dapat pointer tinggi," "kau bolehlah buat macam tu, aku bukan macam kau," etc etc. Jangan cakap macam tu boleh tak? Ke awak nak saya balas, "Yes aku memang pandai. Siapa suruh kau bodoh?"

What I've got is what I got, and what you've got is what you've got. Tak payahlah nak compare dengan orang lain. Go for it with all you have instead of mengeluh, "aku tak macam kau." Sounds like you're blaming me for having what I've got, and what I've achieve. Kalaupun saya memang naturally pandai, how do it relates to your life? Or kalau awak lebih kaya dari saya, how do it relate to mine?

3. Saya tak suka orang ungkit balik apa yang dia dah buat. Selalu tak dengar phrases macam ni:

"Saya sayang awak, cinta awak sepenuh hati saya, tapi ini balasan awak pada saya!"
"Saya dah cuba sebaik mungkin, awak yang tak pernah hargai apa yang saya buat untuk awak?"
"Aku tak pernah khianat kau, aku setia jadi kawan kau, tapi kenapa kau buat macam ni pada aku?"
"Aku jaga kau elok-elok, ini yang kau balas pada aku?"

Oh rupanya selama ni, awak buat baik pada saya sebab awak nak saya balaslah?

Saya suka dengan konsep Mr Pahrol (kolumnis Anis, try find it, tak berapa tahu nama sebenar dia) and ustaz Hasrizal - Memberi bukan untuk menerima, dan apa apa kebaikan yang diterima dari pihak sana, mesti disyukuri. Tugas kita memberi dengan ikhlas, and by ikhlas, saya maksudkan tanpa ungkitan pada masa akan datang. Kalaulah orang yang selalu kita tolong tu khianat kita, forget our good deeds on them, just think how to solve the problem they have created.


aku nak terima nikahnya Pictures, Images and Photos

Konsep yang sama ditekankan jugak dalam cerita Mohabbatein. Walaupun Megha dah mati tapi Raj Aryan tetap sayang dia, sebab dia tak pernah letak syarat yang Megha kena hidup kalau nak Raj Aryan sayang dia.


Mohabbatein Pictures, Images and Photos

Hahaa. Berapi sekejap. XD

Wednesday, April 27, 2011

I've cried, thank God :)


Hello hello Malaysia :)

Today I've cried, thank God.

It's still bearable but well, since I am just a girl, sometimes kena menangis jugak. Alhamdulillah I felt relieved. Cuma kena ambik masa bersemangat semula.

Saya menangis mengenangkan semester kali ni. There's something I've learnt, some pains I've been going through. I am thankful for this semester, yet lost my hope on it.

Anyways, since saya dah menangis then I guess everything's alright :)


Sunday, April 3, 2011

Tribute




Saya-chan, we'll be missing you. :'(











credit photo Saya Cosplayer, cropped by me.

Tuesday, February 22, 2011

...


Knew it.

You never remember, do you?

Monday, February 21, 2011

Confused. What is actually screwing me up?


Hello hello Malaysia :)

Saya sedang bercuti MC selama dua hari, jadi saya hanya akan balik ke KPMIM esok. Sepanjang minggu lepas rasanya saya tak cukup rehat, emotionally dan physically. Jadi malam ni saya akan gunakan sepenuhnya untuk rileks dan rehat.

Saya sebenarnya sedang berfikir. Apa sebenarnya yang sedang mengganggu hidup saya? Saya rasa incomplete dan tak dinamik. Macam hidup yang tak ada matlamat, walaupun sebenarnya saya ada cita-cita.

Saya bahagia, yes I am. Saya ada keluarga yang protective, bahagia dan perfect, yang menyayangi saya even at my worst. Saya ada kawan-kawan yang setia bersama saya, the ones that I can hear the voice though they don't even speak. Saya bukannya miskin sangat, setakat ni saya cukup makan pakai lagi. Saya ada cita-cita, that's why I am here, at this level. Saya ada memori yang sweet dengan soldier. Dan alhamdulillah, beberapa basic things pasal agama saya, saya still ada kekuatan untuk buat sedaya saya. Jadi apa lagi yang kurang?

C'mon, don't tell me that I am desperate for men's love. It is sooooo ridiculous. I mean, yes saya masih single but I'm not that desperate untuk cari cinta, like some people. Hilang saja cinta, terus pasang niat cari pengganti. No, I don't think soldier's awayness will make me feel this way.

Sebab saya masih macam ni? Still belajar bodoh-bodoh without doing anything for my future? I mean, yes, belajar untuk future, but maybe doing something else that will be leaving some impact when I get older? Hmm... Mungkin la.

Entahlah. Saya tak tahu apa yang kurang dengan hidup saya sekarang. Saya agak pasti yang saya tak cemburu pada life sesiapa hingga saya boleh pandang hidup saya like gelas separuh kosong.

Jadi kenapa?

Monday, February 14, 2011

Nak balik rumah


Hello hello Malaysia :)

Hari ni saya selesema. Tapi apa yang saya nak bagitahu is saya rindu rumah la. Isk isk. T.T

Kakteh dan family dah balik rumah. Mesti semua orang dah jumpa Miqdad kecuali saya.

Abang pun dah balik rumah. Kecoh la rumah saya nanti. Tak lengkap la rumah tu kalau tak ada saya! XD

Saya suka buat kerja. Saya suka cabaran kat kolej. Saya suka belajar kat kolej. Walaupun asalnya, saya ni anti cabaran. Lemau saya ni.

Tapi saya rindu rumah.

NAK BALIK! Weekend, cepatlah datang X'0

Thursday, February 10, 2011

Saya demam :'o


Hello hello Malaysia :)

Semalam dan hari ni saya demam. =.=

Kakteh dah balik dari Mesir, sekarang duduk di rumah mentua dia. Soon, dapatlah saya jumpa dia, abang ipar saya dan anak saudara saya. Yeay!

Cuma abang saya yang belum balik. :/
Abang, cepatlah balik!

Oklah.. Tak ada mood tulis banyak-banyak.

Doakan saya cepat sihat! XD