Saya perasan bahawa, orang kita cepat marah bila isunya berkaitan agama, terutamanya.
Isu pegang babilah, orang kafir masuk masjidlah, isu zinalah... isu-isu macam tu. Sikit-sikit nak marah.
Saya pun nak marah, tengok mentaliti yang macam ni.
Sebelum anda marah, tolong kaji betul-betul hukum yang berkaitan dengan isu tu. Saya tertarik dengan satu artikel yang saya dapat dari facebook.com, berkenaan pegang anjing atau babi. Benar, pegang binatang-binatang tu tidak haram, yang haram tu memakan dagingnya.
Lebih info, di sini.
Tolonglah, jangan simply kecoh. Saya, dan kebanyakan anda, bukannya expert agama. Jadi apabila sesuatu isu ditimbulkan, bukan ke lebih baik mengadakan diskusi, kaji dulu, bukannya marah membabi buta macam tu.
Saya juga tertarik dengan artikel oleh Fatimah Syarha dalam majalah Solusi, berkenaan dengan hukum bertudung. Dalam artikel tu, beliau mengatakan masa beliau utarakan isu ini dalam blognya, ramai yang melenting, memakinya, bertanya apa perlunya persoalkan hukum bertudung yang terang terangan wajib?
Ada juga yang menyarankan saranan 'lemah', iaitu merujuk dalil al-Quran dan hadis.
Manusia-manusia sekalian... saya tahu anda beriman. Jadi dah tentu anda tak ada keraguan mengamalkan apa pun yang Allah dan Nabi kata. Tapi soalan tu menuntut anda untuk menjawab secara bijaksana. Sebab soalan tu datangnya dari orang seagama anda, bolehlah anda persoalkan pengetahuan agamanya. Kalau datangnya dari orang yang baru nak kenal agama kita?
Untuk mengamalkan hukum, kita perlu berpengetahuan. Begitu barulah kita boleh mendapatkan hujah yang kuat, andai kata ada yang membidas. Begitu juga barulah kita boleh melaksanakan hukum dengan ikhlas. Sebab tak berpengetahuanlah, ramai yang bertudung, tapi perut ada isi.
Dan berkenaan lemah. Saya tak maksudkan dalil al-Quran dan hadis itu lemah. Dalil-dalil itu adalah dalil terkuat yang wajib kita beriman dengannya. Tapi cukupkah dalil-dalil itu, untuk memberi penerangan kepada orang yang tak percayakan al-Quran dan hadis? Kalau nak lawan orang seagama anda, atau nak mencari kesahihan sesuatu hukum, bolehlah dalil-dalil ini diguna pakai. Tapi untuk menerangkan hukum kepada orang bukan Islam? Dah tentu kita perlukan cara lain yang lebih sesuai dengan pemikiran mereka.
Saya anti dengan mereka yang langsung menolak untuk meneroka budaya Barat. Orang Barat berjaya mengawal kita kerana mereka mengkaji kita. Mereka tahu apa kelemahan kita untuk ditindas, apa kelebihan kita untuk dieksploitasi. Nak mengetahui kelemahan pihak lawan, kita kenalah kaji pihak lawan.
Dunia tak boleh dipandang dari sisi hitam atau putih, sebab dunia tu warnanya kelabu.
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment