Tahun ini, saya dan keluarga ke Melaka untuk family day kami memandangkan abang saya perlu bekerja di sana, dan reservation untuk 3 bilik sudah dibuat. Maka berlepaslah kami,
Day 1
Kalau tak salah saya, kami tak pergi mana-mana sangat hari ni. Sebab baru sampai, penat. Kami cuma mandi kolam. Malam, kami pergi makan ikan bakar dan ikan stim. Ikan stim memang kick. =P
Day 2
Hari ni kami banyak berjalan. Kami bertolak lepas Jumaat sebab abang saya perlu bekerja pada paginya. Petangnya, selepas makan, kami berpecah kepada dua. Satu pergi ke Mydin, satu lagi pergi ke Zoo Melaka. Saya ikut geng Zoo Melaka. Tapi saya memang cerdik sebab saya pakai baju kurung pergi zoo. Maka, saya seorang yang tak boleh naik kuda. =( Zoo Melaka sangat besar, kami habiskan masa 3 jam untuk habis ronda. Itu pun ada tempat yang kami skip.
Malamnya, abang saya ajak kami pergi main bowling. Tapi rancangan canceled sebab lane dah penuh. Orang dalam waiting list pula ramai. Disebabkan dah lewat (dah pukul 11 lebih), dan kami bawa sekali kanak-kanak yang dah mengantuk, maka kami batalkan rancangan itu.
Tapi kami tak menyesal sangat, sebab sebelum tu kami dah pun menaiki menara Taming Sari, ke kota A Famosa, dan bergambar dengan pakcik beca. Kami pun dah tengok kapal zaman dulu. Seriously huge!
Day 3
Hari pulang. Hari ni kami sudah tak pergi ke mana-mana. Semua orang balik rumah kecuali saya dan mak saya. Kami pergi ke Kedah, menemani kakak yang sedang sarat, menunggu waktu untuk bersalin.
Saya kini di Kedah. Will tell you about my trip here in next entry! =D
p/s: sorry, gambar dah macam kapal Portugis dulu kala. Besar!
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment