THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, December 3, 2010

Pengajaran


Dalam entri kali ni, saya teringin untuk berkongsi apa yang saya pelajari dari dua figura yang saya kira layak untuk dikagumi; Ustaz Hasrizal dan Ustaz Hilal.

Melalui mereka, saya belajar bahawa penting untuk kita memiliki pemikiran yang sistematik. Sistematik yang saya maksudkan adalah, penting untuk kita membezakan apa yang sebetulnya wajib dan apa yang sebetulnya sunat, apa yang sebetulnya tuntutan dan apa yang sebetulnya adat. Wajib untuk kita menganalisa sesuatu supaya kita dapat membezakan antara sebenar-benar kejahatan dan sebenar-benar kebaikan.

Juga pemikiran universal. Universal pula ialah, memandang sesuatu bukan hanya dari satu sudut. Saya bersetuju tentang orang-orang berilmu sekarang kadang-kadang agak bias dengan buku-buku hasilan barat. Maka mereka lebih mencari buku-buku hasilan ulama. Saya tidak mengatakan bahawa mencari buku hasilan ulama itu salah, namun saya kurang bersetuju jika mereka meminggirkan buku-buku barat. Buku-buku barat ada kelebihan yang tersendiri. Tak salah kan untuk merujuk kepada kedua-dua sumber?

Saya pernah mendengar situasi di mana golongan "agama" ini memandang serong jika seseorang daripada golongan mereka, menonton filem barat. Seriously saya sangat tidak setuju. Kalau anda asyik menonton filem seperti Ayat-Ayat Cinta (yang mana saya tidak menafikan bagusnya mesej filem tersebut), anda tidak akan dapat mengetahui trick orang barat untuk memerangkap umat kita dalam filem 2012, atau Twilight misalnya. Sometimes, kita yang perlu terjun ke laut untuk melihat betapa bahaya ikan jerung yang ada di dalam.

Saya juga diajar untuk bersikap realistik, prihatin, dan peka dengan situasi sekeliling.

Hmm... entri yang agak serius. =P

p/s: buku Rindu Bau Pohon Tin hasilan Ustaz Hasrizal sangat sesuai kepada mereka yang belajar di luar negara. Semoga jika sampai saat saya, buku ni membantu saya hidup di rantau orang.

0 comments: