After a kinda long waiting! Akhirnya saya berjaya keluar dengan BFF saya, Airie Lighting!Thanks bud~
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
After a kinda long waiting! Akhirnya saya berjaya keluar dengan BFF saya, Airie Lighting!Thanks bud~(gambar hiasan semata-mata)Saya rasa saya baru melalui hari yang menyeronokkan. Berjumpa dengan Airie semata-mata sudah cukup menyenangkan. Saya agak gembira kerana Airie kata saya kelihatan lain pada hari ni, kerana saya memakai baju kurung berwarna ungu lembut. Kebiasaannya, saya hanya memakai t-shirt labuh dan seluar slacks hitam, kalau bukan jeans. Haha, saya tak boleh lupakan ekspresi wajahnya yang terkejut ketika saya berjalan menemuinya!Dan sangat menggembirakan, kerana akhirnya saya berjaya makan chicken chop dan ice blended chocolate! Saya sangat sangat sangat sangat suka! Dah lama saya teringin makan sejak bermula cuti sem. Airie bawa keluar netbook dan menonton video Superjunior. Saya tumpang sekaki, tapi antara Superjunior dengan chicken chop, tentulah saya pilih chicken chop!Kemudian, saya mencari hadiah untuk adik bongsu saya, bersempena kejayaan beliau mendapat 5 A UPSR. Saya bercadang untuk spend sehingga rm10 saja, tapi akhirnya beli t-shirt yang harganya lebih sedikit dari itu. Tak apalah, saya harap dia suka.Airie kata saya kakak yang kedekut. Haha. Nasib baik ko bukan adik aku.Memandangkan hari ingin hujan, saya memutuskan untuk balik lebih awal (sebab saya berjalan kaki untuk ke bandar!). Ketika melalui PasarayaKu, saya dapati petugas itu bertugas hari ni! Dia jaga kaunter beg. Saya nyaris tersenyum kerana suka. Nasib baik saya dapat control. Haha.Dan dialah sebabnya saya boleh tersenyum sampai rumah! Hinggakan ramai pula yang tersenyum dan tegur saya. Ada yang tegur, "Manisnya senyum," "Adik, jalan elok-elok! Hujan ni," dan ada pula yang hanya tersenyum tanpa kata. Haha.Melengkapkan kegembiraan saya, sampai di pasaraya Teluk Ria, saya beli aiskrim 2 perisa (coklat dan vanilla) ditambah dengan topping chocolate rice (padahal tadi baru lantak ice-blended coklat plus krim putar!). Saya memang selalu beli aiskrim 2 perisa ini, kalau bukan ice-blended coklat. Sampai owner tu pun dah kenal dan faham taste saya. Hasilnya? Balik rumah dengan senang hati~Hari yang menakjubkan. Thanks Airie, you just made my day bright. Jangan dengki aku jumpa Mamat PasarayaKu tu. HAHAHAHAHAHAHA!
Posted by Teera Flyhearty at 1:50 PM
Labels: Gembira Dan Impian
0 comments:
Post a Comment