THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, December 7, 2010

Dunia Bukan Pada Tangan Saya

Update terbaru saya: Tak ada apa-apa. Cuma saya scheduled untuk pergi ke Melaka dan Kedah untuk baki cuti sem saya. Family day dan kakak (kaklang) bakal bersalin. Oh, dan saya juga mula bermain satu aplikasi. Itu sahaja.

Saya berasa agak down. Entah kenapa, secara tiba-tiba. Terasa macam rejected oleh dunia sendiri. Instantly terfikir, "Dunia bukan pada tangan aku."


sad smiley Pictures, Images and Photos


Sekali imbas, saya menjalani hidup yang normal sebagai seorang remaja. Saya belajar di kolej, peringkat Diploma. Memiliki keluarga besar yang mesra. Memiliki rakan-rakan di sekeliling saya, dan beberapa orang sahabat baik. Pernah juga bertemu Soldier. Hidup yang tidaklah sempurna, namun cukuplah untuk kita sifatkan sebagai gembira.

Namun, dari sudut diri saya sendiri, hidup saya adalah sesuatu yang memenjarakan dan kosong. Saya letih. Letih menunggu. Letih menahan diri. Letih mengawal perasaan. Letih juga kerana saya masih tak menemui apa-apa jalan. Sekeliling saya kabur.

Sejak akhir-akhir ni, saya lewati hari-hari saya dengan perasaan yang kosong, takut, dan tak selesa. Juga ada rasa ingin menangis, tapi biasanya tangisan tu tersekat di hati, tak sempat dibawa ke mata.

Rasa bagai mahu lari. Mencari tempat yang selesa untuk berlindung dari perasaan seperti ini. Saya rasa saya tahu dimana. Semoga ianya berkesan sebagai penawar hati saya.

Saya juga rasa saya sangat astray. Tak ada mana-mana tempat untuk dituju. Bila saya tak ada direction, I'll feel lost, then lead to unsecure, something like that.

Dan, unreasonably, saya rasa rejected dengan manusia. Mungkin sebab kurangnya communication antara kami, saya tak pasti. Tapi, saya rasa saya sangat invisible. Mungkin saya menyorok terlalu dalam, sampaikan tak ramai yang perasan bahawa saya berada di sini.

Jangan salah faham. Saya masih memandang hidup saya sebagai hidup yang gembira. Cuma di kala ini, saya down. Serasa ingin mengatur semula hidup saya dengan tangan sendiri. Namun saya tahu, Dia ada perancangan yang lebih baik untuk saya.

Doakan saya tabah, doakan saya redha, doakan saya bahagia, doakan saya selamat, doakan saya.

Doakan saya. Agar mendapat keajaiban.

0 comments: