THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, November 28, 2010

taylor swift


Saya jarang jumpa selebriti yang mampu membuatkan saya sukakan hampir keseluruhan tentang dirinya. Taylor Swift, adalah satu exception.



Taylor Swift Pictures, Images and Photos

Kenapa saya sukakan dia?

1. Pertama, mestilah kerana lagu-lagunya, mungkin kerana genre lagunya sesuai dengan jiwa saya. Lagunya bergenre country, sesuai dengan jiwa saya yang sukakan sesuatu yang sederhana, sweet, dan meaningful.

2. Kedua, kerana personalitinya. Pada awal kemunculan dia, saya sudah rasakan bahawa dia seorang yang berbeza berbanding orang lain, walaupun pada ketika itu, saya belum lagi menjadi peminat Taylor Swift. Sepanjang pemerhatian saya, saya rasa Taylor Swift seorang yang honest, sederhana, deep, hardworking, ambitious, dan sweet. Dia juga memiliki pandangan yang cantik tentang kasih sayang dalam hidup, dan saya dapat lihat yang dia sangat menghargai kasih sayang. Dan yang paling penting, dia seorang yang original. Dia sukakan dirinya, dan kerana itu, dia mampu membuatkan orang ramai sukakannya.

Taylor Swift is the closest example of the girl I always wanna be. Saya mungkin hanya mengenalinya dari surface, tapi saya tak perlu mengkaji dirinya sedalam-dalamnya, kerana saya sukakan impression saya terhadap dirinya sekarang. Saya tak mungkin akan jadi sepertinya, tapi saya harap, satu hari nanti, saya mampu menjadi original sepertinya, dan saya akan memiliki sesuatu untuk saya offer kepada dunia.

She's just awesome. =)

0 comments: