THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 15, 2012

Positif

Dua entri sehari. Tak apa kan?

Oklah, hari ni sorang kawan saya ada masalah dengan salah seorang lecturer. Bukan masalah peribadi, atau tak puas hati, atau apa. Jadi kami bercakaplah mengenai perkara ni, dan tiba-tiba dia keluarkan ayat macam ni,

"Aku tak sama macam kau, Teera. Kau jenis positif. Kalau ada perkara-perkara buruk, kau terus manipulate benda tu jadi baik."

Termenung kejap.

Kalau betullah saya ada sikap macam tu, alhamdulillah.

Tapi pada saya, positif adalah salah satu teknik survival yang penting. Being positive isn't a choice, it is a need.

Positive, in a good way, adalah salah satu cara untuk kita terus kuat meneruskan kehidupan. Kita bersemangat menghadapi ujian sebab kita tahu, di sebalik ujian tu, tersembunyi potensi yang boleh meningkatkan kualiti diri kita.

Dah tentulah, bukan senang menjadi positif. Proses untuk menjadi positif, adalah proses implementation untuk mengubah mind set kita. Untuk mengubah mind set, perlukan masa yang lebih dari sehari dua.

Tapi itulah, bila orang kata "susah", yang kita dengar adalah "mustahil". Walaupun dua perkataan tu berbeza.

Sesusah manapun sesuatu masalah, mesti ada jalan keluar. Cuma kena tengok betul betullah apa jalannya, macam mana jalannya, tersurat ke tersirat. Yang pasti, ada.

Cubalah positif untuk menjadi positif. Saya doakan :)

==================================================

Minggu lepas ada satu kejadian yang memalukan saya dan kawan kawan. Tak perlulah saya describe kejadian apa, dan di mana, cuma kesan dari kejadian tu, saya rasa sangat sedih, dan degraded.

Entahlah. Saya dan kawan kawan dihukum atas satu kesalahan yang kami tak buat. Saya akui isu yang diutarakan itu, betul betul terjadi dalam kalangan kami, tapi sebahagian besar dari kami tak buat perkara tu. At least, bukan saya, bukan kawan-kawan yang rapat dengat saya.

Sungguh, itu kali pertama saya sekecewa itu. Kali pertama saya rasa diperkecilkan, hingga saya rasa saya lebih kecil dari zarah. Ini kali pertama saya rasa teraniaya dan dipijak pijak.

Dan nyatanya, bukan saya seorang rasa macam tu. Semua kawan saya rasa perkara yang sama.

Sekarang, perasaan dipijak pijak tu dah hilang. Cuma kesal. Orang yang saya percaya, tahu pendekatan terbaik dalam mendekati diri kami, menggunakan cara yang paling saya tak sangka.
I regret the way they approached us.

Tapi ada satu quote, "smart woman forgive but never forget." Saya maafkan, tapi untuk lupakan, tidak. Supaya ia jadi pengajaran buat saya, dan salah satu memori hidup saya.

0 comments: