THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, January 5, 2011

Balik, Phantom


Apa khabar readers?

1. Saya akan balik ke kolej, very soon. Rasa agak sedih dan risau sebab terpaksa meninggalkan "syurga" saya untuk pulang ke "penjara". Haha. A bit hiperbola, tapi tulah yang saya rasakan sekarang.

Juga risau sebab tak tahu nak balik macam mana, dan nak packing barang macam mana. Ada 4 cara untuk saya balik ke kolej;

-Abang saya jemput saya malam ni untuk tinggal kat rumah dia semalam, sebab dia bekerja dan esok hari pendaftaran. Maka saya akan mendaftar diri sorang-sorang. Sedihnya.

-Kaktam, abah dan mama saya hantar saya ke kolej esok pagi. Tapi saya tak sampai hati nak membiarkan kaklang saya yang baru bersalin duduk sorang-sorang dengan nenek saya. Lagipun abah dan mama saya kurang sihat nak berjalan jauh.

-Kaktam dan Kak Imah (insyaAllah) akan hantar saya esok.

-Saya balik naik bas petang ni. Bawak keperluan selama 4 hari. Hari Ahad nanti, kakde saya akan bawak barang-barang saya ke asrama.

Antara semua ni, saya paling cuba elakkan pilihan kedua. Serius tak sampai hati. Saya tak nak jadi selfish.

Tengok sajalah nanti.

2. Saya baru habis main game Mystery Legends : Phantom of the Opera. Saya rasa saya jatuh hati pada Phantom (haha!) Phantom sangat dark, yet so sweet. Entahlah kenapa saya rasa macam tu, walaupun saya rasa orang lain mungkin fikir he is dominating rather than sweet. Yalah, siapa yang sanggup tinggal underground, bawah opera terbiar dan haunted, dekat dengan kubur and cursed church pulak tu! Tapi saya tetap rasa Phantom sangat sweet. Okay Phantom, you're second to Zack Fair! Haha!

Okaylah, saya mahu mula mengemas.

0 comments: