THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 31, 2008

Abang Angkat Aku

Penamat tahun 2008 yang agak teruk.

Huh. Aku kecewa betul dengan dia ni. Joey, seorang lelaki berusia 21 tahun yang pesimis dan tak pernah cuba berfikir secara rasional menurut umur dia. Cuma disebabkan aku tak perasan yang dia tak nak orang wish selamat tahun baru kat dia (aku wish), dia block aku dari senarai contact. Tindakan dia betul-betul tak matang.

Tak bolehlah aku nafikan yang aku memang sayang pada abang angkat aku ni. Kenapa aku sayang dia pun aku tak pasti. Mungkin sebab dia ambik berat pada aku, sesuai dengan status aku sebagai adik angkat. Dan dia pun banyak beri nasihat pada aku dan selalu tolong aku.

Dan aku pun tau, memandangkan aku dengan dia tinggal di negara yang berlainan, satu hari nanti kami akan terputus hubungan. Aku dah bersedia pun. Tapi, kalau macam ni penamatannya, aku rasa cepat sangat. Macam aku dengan.... Zack dulu. Aku dah tau pengakhirannya tapi berlaku cepat sangat.

Dan, kalaulah betul persahabatan kami terputus setakat sekarang, aku yakin tak ada siapa yang boleh sama dengan Joey. Mungkin aku akan dapat abang angkat yang lain, tapi aku rasa takkan sama dengan Joey. Joey abang angkat pertama aku dan persahabatan kami boleh tahan lama. Yang pasti, walaupun aku kecewa dengan sikap dia yang agak tak matang, tapi aku lebih kecewa sebab persahabatan kami putus. Sebabnya, dalam hati aku selalu harap, kami takkan lost contact sampai bila-bila. Bila dah jadi camni, huh.... Tuhan jelah yang tau perasaan aku macam mana.


cagalli and kira Pictures, Images and Photos

0 comments: