THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, December 12, 2008

Yay!! Bakal bekerja!!

Waahhhh!!!

Dalam masa 3 hari lagi, insya-Allah impian aku bekerja pada waktu sekolah secara part time akan terlaksana!!

Aku teruja sangat. Petang 12 Disember 2008 (tarikh aku tulis artikel ni) aku pergi survey pekerjaan yang boleh aku buat. Mulanya aku bercadang untuk ambik upah bersihkan halaman rumah orang, tapi halaman rumah penduduk kat tempat tinggal aku semuanya kecik-kecik... macam tak perlukan pertolongan aku je...

Pastu aku terfikir Nocturne Music. Memandangkan aku minat muzik, aku bercadang nak cuba apply kerja kat situ, sambil-sambil aku survey kerja kosong lain. Ada satu kerja kosong kat kedai fotostat.... Ok! Dalam wishlist! Ambik no. telefon~

Aku pergi tinjau bangunan yang kat belakang pulak. Tu bangunan baru jadi tak banyak tempat yang dibukak. Kat situlah Nocturne Music, dengan satu restoran dan satu kedai kasut bakal dibuka. Selain tu ada beberapa perniagaan lain lagilah....

Baru nak masuk Nocturne, aku ternampak iklan kerja kosong, kat restoran tu. Sorang pekerja lelak kat situ, sama umur dengan aku tolong rekomenkan aku dengan owner restoran, Uncle BaikHati. Aku pegi interview kejap, tapi tempat dah penuh hingga bulan Jan. Aku dengan kecewa tapi puas keluarlah dari restoran tu.....

( tapi restoran tu memang eksklusif, macam restoran Jepun sikit)

Dalam perjalanan balik, Pakcik BaikHati tegur aku ( tapi aku tak kenal pun pakcik tu). Aku dengan ramahnya pun berbual dengan pakcik tu. Lepas aku cakap aku nak cari kerja kosong part-time, pakcik tu bagi aku no fon dia, suruh aku call dia hari Isnin minggu depannya. Aku dengan terujanya, aku pun terimalah no tu dengan senang hati.

Wahh! Hari ni berjumpa dengan pengalaman baru! Aku tak pernah apply kerja dengan sesiapa jadi aku rasa best. Hari ni aku berjumpa dengan ramai orang yang baik hati. Ms BaikHati, perempuan cina yang sudi trade handphone lamaku yang dah rosak dengan harga RM5. Walaupun murah tapi kira dah baik hati cik tu nak ambik kan. Terima kasih Ms BaikHati!

-------------------------------------------------------------------

Aku gembira dengan pengalaman baru ni! Semoga kerja yang bakal aku mohon ni adalah satu kerja yang baik untuk aku. Satu impian aku bakal tercapai!! Doakan aku ya! Aminnnn.....


happy kururu Pictures, Images and Photos

0 comments: