Ok, secara jujurnya aku cakap, aku memang bencikan sekolah aku. Dari satu aspek, sekolah tu amat tak menyenangkan aku. Tak payahlah aku cakap sekolah apa.
Dari segi peraturan, aku okey. Tak ada masalah nak ikut. Bukan aku nak riak, bangga, jauh sekali menipu, tapi kat sekolah, aku dikenali sebagai budak baik yang tak langgar peraturan. Dari sudut pandangan sekolah, kalau seseorang tu tak langgar peraturan, dia dipandang sebagai budak baik, walaupun perkara ni bukannya penentu bahawa dia memang baik atau tak.
Dari segi guru, taklah teruk sangat. Walaupun bukan semuanya bagus tapi taklah mendatangkan masalah pada diri aku. Jadi, jangan pedulikan pasal tu.
Persekitaran? Oh, aku memang suka persekitaran sekolah tu. Pada waktu malam, banyak sangat bintang. Sekolah aku taklah indah mana tapi persekitarannya jenis yang aku suka.
Mungkin... masalah aku sendiri. Aku rasa aku tak boleh menjadi diri aku yang sebenar kat situ, sebabnya aku pernah dipandang pelik hingga aku dapat gelaran 'weird'. Aku rasa macam tersekat. Lagipun, kat situ aku rasa 'kekosongan'. Tak ada siapa yang faham aku dan sedar kelebihan aku. Naluri biasa manusia, nakkan kelebihan diri disedari. Bukan nak berlagak dengan kelebihan tu tapi sekadar nak orang hargai. Tapi, pada pandangan aku, tak pernah ada orang yang sedar dengan apa yang aku ada. Sejujurnya, aku kat sekolah adalah budak pasif. Aku bukan jenis pelajar popular kat sekolah. Aku biasa-biasa je. Sebab tu ramai yang tak sedar kehadiran aku.
Sejujurnya, aku pernah cuba ubat diri aku sendiri tapi itulah, bila hati aku kata aku tak suka, tetap tak suka.
Tapi, bila fikir-fikirkan balik, aku dah bazirkan usia remaja aku untuk sesuatu yang aku tak suka.... (tidakkkkk..!!!!)
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment