THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 17, 2009

Joey - Don't leave me please

Joey Schofield, salah seorang kawan yang sangat rapat dengan aku. Dia tinggal kat Mauritius, dan kitorang berjumpa kat Hi5 (tapi sekarang aku dah tak aktifkan acc kat situ). Dia sama penting je macam Izz dan Greatest Soldier. Aku tak ingat sejak bila aku kenal dia, tapi dah bertahun-tahun jugak lah.... Dia adalah kawan online yang paling lama stay berkawan dengan aku.

Aku suka Joey sebab dia orang yang boleh dipercayai, tak hipokrit, mengambil berat dan jujur. Dia tak bersikap gentleman tapi dia seorang kawan yang sangat telus. Kalau dia marah, dia memang sembur selamba badak dia je. Kalau dia suka sesuatu, dia akan cakap je dan kalau dia benci, memang dia tak pernah sembunyi. Tapi sebab tulah, kalau dia puji, atau cakap something yang sweet, kata-kata dia boleh dipercayai.

Joey bukannya seorang yang sangat memahami, tapi aku sentiasa terharu dengan usaha dia untuk keep in touch dengan aku. Pada aku, dia mungkin seorang pesimis, selalu berfikiran negatif, cepat marah, mulut laser... Dia pernah cerita kat aku yang ada sorang perempuan bagitau dia tentang perangai-perangai buruk dia. Tapi dia tak pernah kisah dengan semua tu. Macam tu jugak dengan aku, aku sayangkan dia ikhlas sebab dia adalah dia. Dia yang tak pernah fail untuk dengar masalah aku, dia yang memberi nasihat macam seorang abang bagi nasihat kat adik, dia yang telus... Dia banyak tolong aku dalam hidup aku ni.

Tapi baru-baru ni, dia macam tengah sakit. Dia ada bagitau aku yang mungkin sakit-sakit dia petanda untuk penyakit yang lebih teruk. Dan dia ada bagitau yang kalaulah betul macam tu, dia tak nak pun rawat... Sebab dia dah malas nak hidup. Dia takkan bunuh diri, aku tau tu, tapi dia tak nak gak berusaha untuk selamatkan diri dia. Masa aku mintak dia buat check up, dia kata ok, tapi just check up, not more than that sebab dia memang tak nak. Aku tak berani mintak lebih sebab dia pernah kata, dia lebih mementingkan keinginan sendiri berbanding orang lain. Dia kata lagi, kalau dah confirm, dia akan tinggalkan mail tentang kehilangan dia nanti.

Aku menangis bila baca tulisan dia tu. Aku tak nak dia mati lagi. Aku tak bersedia... Mungkin untuk selama-lamanya. Memanglah belum confirm, entah-entah sakit biasa... Tapi untuk memikirkan akan ada hari yang tak ada dia... Buat aku rasa takut. Aku dah pernah kehilangan, aku tak nak hilang sesiapa lagi.

Aku teringin nak bagitau dia yang aku tak nak hilang dia, sebab dialah antara orang yang banyak bantu aku untuk bersemangat dalam hidup. Tapi aku takut dia akan kata aku ni tamak, sebab bunyinya macam aku perlukan dia untuk kepentingan diri sendiri. Tapi macam tulah yang aku rasa. Aku nak dia terus hidup sebab pada aku, dengan terus hidup dengan tabah barulah boleh bagi kita harapan untuk cari apa yang kita nak.

Tapi tak pada dia. Uhh... Joey, tolong jangan tinggalkan aku!

0 comments: