THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 11, 2010

Failure to attend PLKN

Saya mau menyatakan kesyukuran saya, maka saya akan menulis dalam BM.

Dahulu, saya sangat berharap yang saya tak dapat PLKN. Sebab saya sudah merangka banyak rancangan sepanjang cuti dan saya sangat berharap yang saya dapat menjayakannya.

Namun saya terfikir, apa yang akan jadi kalau saya dapat PLKN? Saya risau saya akan terlalu kecewa. Maka, saya berfikir begini,

"Kalau aku tak dapat PLKN, alhamdulillah. Tapi kalau aku dapat, at least aku dapat duit elaun."

Kira-kiranya macam redha jer la...

Dan saya dapat. Alhamdulillah, walaupun saya agak sedih, tapi tak terasa sangat sebab saya dah redha awal-awal lagi.

Sehinggalah saya mengalami anafilaksis pada 2 hb Jan... Status saya sebagai pelatih agak haru-biru. Saya layak dikecualikan atau tidak?

Pada 9 hb Jan, saya dan ibu bapa saya pergi berbincang dengan pihak PLKN sendiri. Keputusannya, saya perlu pulang semula dan dapatkan kelulusan pakar untuk mengecualikan saya dari kem ini.

Dan pada hari tu, saya terasa nak pulak join PLKN, memandangkan lokasinya cukup sesuai untuk melihat bintang, dan ada air terjun pulak tu! Tapi, saya cuba untuk redha sekali lagi. In case tak dapat.

Dan pada hari ini, 11 hb Jan, saya telah pergi ke poliklinik untuk bertemu pakar. Pada awalnya, saya, ditemani oleh ibu saya bertemu dengan seorang doktor Cina. Beliau menjalankan beberapa ujian kesihatan dan akhirnya memberitahu bahawa saya LAYAK untuk pergi.

Saya memiliki seorang ibu yang defensif. Maka ibu saya berkeras untuk berjumpa pakar sebenar kerana doktor Cina itu doktor biasa sahaja. Balah punya balah, akhirnya doktor tu mengalah dan membawa kami berjumpa doktor pakar.

Ketika berjumpa pakar, saya dan ibu saya menerangkan sejarah kejadian, dan akhirnya... TA DA!!

Perjuangan ibu saya berjaya.

Saya sangat bersyukur kerana saya sudah redha seawalnya, maka saya tidak terlalu kecewa dengan semua keputusan yang saya dapat. Dan saya sangat bersyukur, kerana memiliki seorang ibu yang tegas dan defensif seperti ibu tersayang saya :)

Dan... Saya benci urine test.

0 comments: