Entri kali ini adalah review kepada sebuah filem lama yang sangat saya suka, Battle Royale yang diadaptasi dari manga yang bertajuk sama. Filem ni dah muncul pada zaman tok kaduk lagi, tapi sampai sekarang saya tetap suka filem ni.
Filem ni terbahagi kepada dua, BR I dan BR II. Pandai-pandailah google sendiri sinopsis filem ni, saya malas nak explain.
Secara teknikal, filem ni sangat hebat dari segi apa-apa pun, dari sudut pandangan peribadi saya. Satu perkataan dari saya untuk filem tok kaduk ini : Superb.
Dan kerana itu, saya nak share perasaan saya setiap kali saya tonton filem ni.
Baiklah. Cuba bayangkan, kita berada dalam situasi yang mana bila-bila masa pun kita boleh mati. Tak ada masa untuk bersenang lenang sebab kita kena struggle untuk terus hidup. Lebih sedih, kita tak ada pilihan untuk melarikan diri, nak tak nak kita kena lawan untuk terus hidup, walaupun kita kena bunuh kawan sendiri.
Kita pulak adalah remaja yang masih banyak perkara kita belum tahu dan cuba. Kita masih ada sesuatu yang kita nak dalam hidup kita. Kita sepatutnya boleh capai semua tu tapi tak kesampaian sebab perang yang menyebabkan kita hilang orang yang kita sayang, nyawa kita sendiri...
Cuba bayangkan, akan ada hari yang kita takkan lagi dapat menikmati KFC atau McD bila kita teringin, hari yang dimana kita mencari keluarga kita sebab kita keseorangan, hari yang takkan ada lagi masa untuk berjumpa dan bermesra dengan kawan-kawan, hari yang dimana jika kita terlelap untuk sekejap pun, kita akan mati... Hari yang dimana kita hanya ada dua pilihan : Lawan dan kita akan mati atau menang, menyerah dan kita akan mati atau kalah.
Susah nak explain, perkara ni hanya akan disedari oleh mereka yang ingin berfikir tentang apa yang mereka tonton. Tapi kalau kita faham, mungkin kita akan lebih memahami keperitan mereka yang masih remaja dan kanak-kanak yang terlibat dalam perang. Sedih sangat. Mereka mengalami perkara yang menyedihkan setiap hari, tanpa mengetahui bila harinya mereka akan dapat senyum puas setelah letih melawan kesedihan. Mereka terus melawan kesedihan dan kemarahan mereka tanpa dapat berehat, tidak walau sedetik.
Dan kita?
Masih girang berhibur tanpa sedikit pun perasaan ingin membaiki diri, supaya masa depan kita tidak sekejam itu.
*maaf kepada seorang kawan saya, entri tentang kerja saya ditangguhkan kerana idea ini mari dahulu, saya akan buat entri tentang kerja saya di masa akan datang.
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment