Baiklah, saya ingin berkongsi tentang pengalaman bekerja saya sepanjang minggu ini.
Isnin : Bermula pukul 4.15, saya mengajar subjek Bahasa Arab. Saya agak terkelu bila saya dapat tahu yang cikgu besarnya ada menempah bahan untuk subjek ni untuk kelas pra(kelas saya)sebab pada saya Bahasa Arab dengan saya seperti Timur dengan Barat.. sangat ironi.
Selasa : Hari ni saya mengajar rukun pertama dari Rukun Islam, kalimah syahadah. Saya mengajar mereka bagaimana untuk mengucapkannya, maksudnya dan pengajaran yang boleh didapati dari kalimah ni. Kelas yang agak terancang.
Rabu : Saya mengajar tentang sejarah kelahiran Nabi Muhammad. Buat permulaan, saya hanya mengajar mereka bila Nabi lahir, siapa ibu baginda, ayah baginda dan datuk baginda. Mungkin saya akan mengextendkan pengajaran saya tentang Nabi Muhammad dalam kelas yang seterusnya.
Khamis : Saya mengajar mereka tulisan jawi. Saya perkenalkan mereka dengan huruf-hurufnya dan membezakan huruf-huruf jawi dan huruf-huruf arab.
Jumaat : Saya mengulang semula pengajaran saya sepanjang minggu ini.
Konklusi yang saya perolehi?
#Saya tidak merancang dengan baik untuk sesi pengajaran saya. Saya tak tahu apa yang patut saya ajarkan pada budak-budak sekecil mereka. Maksud saya, apa benda yang sepatutnya mereka tahu tapi tidak memberatkan mereka untuk menerima benda tersebut? Saya tak pandai dalam hal-hal macam ni.
#Baru saya faham yang kerjaya guru ni memang menuntut banyak kesabaran. Lebih-lebih lagi bila deal dengan budak kecil. Well, agak menyakitkan hati bila kita rasa macam nak marah tapi tak boleh sembur sebab mereka cuma budak kecil yang tak tahu apa-apa. Hmm...
Tapi, sesuatu yang manis yang saya takkan dapat lupakan. Saya tak tahu minggu ni ada apa-apa sambutan ke atau apa, tapi anak-anak murid saya semuanya beritahu saya dengan kuat,
"SAYANGGG CIKGU!"
Thank you darlings =)
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment