Ahad, 7 Feb 2010.
Pagi-pagi lagi Airie dah sampai rumah aku. Hari ni kami akan pergi ke rumah Yurika untuk menyambut ulangtahun hari kelahiran ke-18 bersama-sama. Disebabkan rumah Yurika agak jauh maka beliau akan datang menjemput aku dan Airie pada pukul 11 pagi di bus stop berdekatan. Kami keluar awal supaya kami dapat lebih masa untuk membeli hadiah hari jadi untuk Yurika.
Di rumah Yurika. Rupanya daripada 5 orang yang dijemput Yurika, hanya kami berdua yang datang. Hmm, tak apalah, adanya kami bertiga pun dah cukup untuk menggamatkan suasana.
Aktiviti pertama kami ialah membelek-belek manga Yurika yang extrabanyak itu. Kemudian kami makan KFC sambil menonton tv. Kemudian kami menghadap komputer, sebab Yurika ingin saya menjawab satu kuiz dan memburn CD untuk Airie, di samping menunjukkan kepada Airie movie Team Medical Dragon yang ada penampilan artis kesukaan Airie, Hongo Kanata.
Kemudian kami meninggalkan Airie dengan komputer. Yurika mengeluarkan keyboardnya(yay!!) dan memberikan saya beberapa keping buku notanya tentang muzik untuk saya cuba mainkan. Lagu yang simple-simple saja, macam Mary Had A Little Lamb, Twinkle Twinkle dan Happy Birthday. Sekian lama berlatih, saya dapat menguasai permainan tiga lagu itu. Yes!!
keyboard beliau.
Banyak lagi aktiviti best yang kami buat. Pendek kata sambutan hari jadinya memang kewl.
main dengan laptop Belajar Bahasa Inggeris milik beliau semasa masih bersekolah rendah... syok weyh!
Selamat Hari Jadi Yurika Chan!
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment