THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 21, 2010

Obata Takeshi

Sengaja saya nak lahirkan penghargaan saya buat sensei Obata Takeshi, seorang mangaka yang saya rasa sangat hebat, dan saya telah menjadikan beliau sebagai idol mangaka saya.

Hasil kerja beliau sangat mengagumkan. Saya mula tertarik dengan hasil lukisan beliau melalui manga Death Note. Pada saya, beliau sangat bijak bermain efek dan tona untuk membuatkan pembaca merasai perasaan dalam manga tersebut. Saya juga terkesan dengan manga Hikaru No Go dan Blue Dragon, walaupun setakat ni, saya paling mengagumi manga Bakuman.

Jalan ceritanya sangat realistik, tak seperti manga-manga lain yang akan memasukkan sedikit unsur tak logik dalam cerita. Tapi tak bosan. Saya sangat terkesan dengan ketelitian lukisan beliau. Bayangkan kita boleh cari sekecil-kecil benda seperti pemadam yang berada di atas meja kerja yang berselerak dalam lukisannya. Walaupun lebih ramai yang sukakan Death Note, tapi saya sangat terkesan dengan Bakuman, dan setiap kali saya dapat Kreko terbaru, saya akan cari Bakuman dulu.

Saya sukakan ilustrator lain juga seperti Imperial Boy ataupun Range Murata, tapi Obata Takeshi adalah sensei yang paling saya kagumi setakat ni.



Bakuman Pictures, Images and Photos

Bakuman.

0 comments: