Baiklah. Recent updates saya.
Mood dalam keadaan okey insya-Allah. Saya memutuskan untuk menyimpan hal-hal peribadi jauh di sudut hati. Biar dia lepak di situ diam-diam. Saya nak fikir tentang masa depan. Baru-baru ni earpiece saya rosak sebelah... spoil mood saya untuk pergi bekerja! Haish. Need to get the new one.
Baru-baru ni kena alergen semula. Rasanya sebab tukar perfume kot. Sebenarnya saya pakai Loveville(saya pun tak sure kalau korang tau ke tak cuz setakat ni saya tak jumpa lagi perfume ni dijual di mana-mana selain Teluk Ria).. Tapi hari tu saya jumpa satu perfume, milik kakak saya rasanya, bau dia segar, so saya try sembur kat leher... Sekali, haha, bengkak satu leher! Gatal pulak tu, sekarang dah tukar jadi pedih sikit, especially kalau sentuh. Masa pakai tudung tu memang seksa jugak la... Will get better soon!
Okey. Kembali ke dalam alam dilemma saya. Course struggling. Semakin hari, semakin buntu saya memikirkan course apa yang paling sesuai untuk saya. Baiklah, saya akan meneliti perkara ini dari beberapa faktor.
1) Minat.
Saya ada banyak minat, yang saya rasa kalau saya struggle betul-betul, saya boleh buat duit dengan minat saya tu. Antaranya :
-Bunga - Saya boleh jadi florist
-Bahasa Inggeris - either jadi bahasawan, penulis or cikgu BI
-Komputer (mm.. maybe we call that graphic art?) - saya sangat into pada hal2 macam ni sejak form 3
-composing music - tapi saya tak nak langsung jadi artis!
2) Hobi.
- Berangan - who knows, I could write a bestseller stories? JK Rowling pun berangan time dia buat cerita Harry Potter....
- Menulis - Saya suka rangka jalan cerita. Dah banyak cerita yang ada dalam kepala otak saya. Cuma saya tak berkesempatan lagi nak tulis/plan cerita saya betul-betul.
- Bayangkan muzik saya - saya suka compose lagu sendiri-sendiri dalam otak, sebab tak pandai lagi compose betul-betul.
- Duduk depan komputer - haha, ini memang favourite saya.
3) Kos.
Saya amat mementingkan kos. Kalau boleh saya nak course yang saya pilih nanti memerlukan belanja seminima boleh. Sebab saya tahu mak bapak saya yang bayar, tapi saya tak tahu setebal mana poket diorang untuk tanggung saya.
4) Jaminan masa depan.
Saya amat mementingkan yang ni. Well, memanglah tak semestinya kita akan dapat kerja ikut bidang yang kita ambil, kan? Tapi still, course yang kita ambil tu adalah gambaran kerja apa yang kita akan buat nanti.
- Penulis - macam saya kata, saya suka menulis. Tapi saya risau saya tak dapat tahan dengan deadline pressure. Dan pada saya, penulis bukan bergaji tetap, kan? Depends on berapa royalti yang kita dapat. Kalau dapat rendah, macam mana?(notes : saya nak jadi penulis bebas ONLY)
- character designer - tapi bukan ke job dalam bidang komputer makin sempit? T.T
- florist - haha, berapa je yang boleh saya dapat?
- cikgu - sounds like suits me most. Tapi still risau... minat cukup dalam ke untuk keep teaching budak-budak?
5) Cabaran.
Saya risau memikirkan cabaran yang bakal saya tempuh dalam bidang yang saya suka nanti. Saya bukan orang yang kuat, walaupun saya tahu setiap perkara mesti ada cabaran. Sebab tu saya nak pilih course betul-betul sebab saya nak konsisten dengan pilihan saya.
T.T
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment