Baru selesai membaca artikel dalam Langit Ilahi. Berkenaan 3 perkara asas untuk menghidupkan hati.
Pertama, solat lima waktu. Sedaya boleh, jangan tinggalkan. Sedaya boleh, jangan remehkan. Kita tak mampu melakukannya dengan sempurna, tapi kita boleh memberikan yang terbaik dari kita.
Kedua, baca al-Quran. Setiap hari. Kalau ikut kemampuan saya, yang jarang baca ni, saya prefer untuk membaca 1 muka surat sehari sebagai starting. Saya jarang memikirkan untuk khatam al-Quran, sebab yang penting adalah baca.
Ketiga, doa. Sebab doa adalah senjata bagi Mukmin terutamanya.
Untuk menguatkan ketiga-tiga ini, carilah sesuatu yang boleh dijadikan sokongan. Solat sunat. Sedekah. Perkara-perkara yang di bawah kemampuan. Biar kecil asalkan impaknya besar.
Untuk menjaga asas kita, bercampurlah dengan orang yang turut menjaga asas mereka. Mereka yang lebih expert dari kita dalam menjaga hati. Bergaullah.
Untuk memelihara asas-asas ini, cubalah elakkan dari melakukan dosa, andainya kita tahu apa yang akan kita lakukan adalah dosa. Sedaya mampu. Agak susah bagi seorang beginner kerana nafsu sangat besar di awal-awal percubaan menjadi Mukmin yang baik. Cuba perlahan-lahan.
---------------
Saya banyak lompong. Di sana sini. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki.
Saya sememangnya masih seorang yang berjiwa lemah. Dan terlalu mudah untuk hati saya mati di kala ini. Memang tersangat mudah.
Tapi saya masih berharap, semoga saya mampu berubah.
Kerana saya diberitahu bahawa Allah sayangkan saya.
0 comments:
Post a Comment