Saya tak fahamlah kenapa sejak akhir-akhir ni, saya selalu teringatkan awak. Sebab tu tak habis-habis post pasal awak.Tapi yang ni, kita tolak tepi dulu, ok?
Saya cuma nak cakap yang, semalam, tanpa sedar, awak dah selamatkan saya. =)
Sebab awaklah, saya tak makan kata-kata manis orang lain. Sebab apa? Sebab saya rasa mereka tak setanding awak. Awak jauh lebih hebat, lebih istimewa. Setakat ni, saya masih belum jumpa orang yang setara dengan awak.
Awak tahu, kata-kata mereka sangat manis. Kalau saya tak jumpa awak, mungkin saya pun tertarik. Tapi saya jumpa awak dulu. Walaupun kata-kata mereka manis, tapi saya tahu mereka tak bercakap benar. Macam mana saya tahu?
Sebab cara mereka bercakap tak seperti awak.
Jadi saya nak ucapkan terima kasih. Awak memang hero saya.
Wink2!
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment