THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, November 8, 2010

Misi hari ini

Yeay! Saya baru je selesai menyelesaikan misi! Misi saya pada hari ini ialah:

1) Bank-in cek
2) Ambil kad pengenalan baru di JPN

Misi saya sangat sukar, kerana saya tak pernah buat semua tu. Sudahlah jauh dari rumah, kena melintas traffic, jalan seorang pula tu! Dan ini pengalaman kali pertama saya buat semua urusan saya, sendiri tanpa bantuan sesiapa. Saya mungkin dah agak dewasa untuk rasa risau (yalah, hal remeh je kan?!) tapi still.... saya rasa sangat GABRA!!

Tapi alhamdulillah, saya berjaya! Saya selesaikan dahulu urusan pertama saya di bank, kemudian saya menguruskan kad pengenalan saya. Masa saya tengok kad pengenalan saya tu, saya rasa sangat excited! Gambar dahlah boleh tahan cantik! Kudos for me =P

Saya ingatkan nak beli 2 benda untuk diri sendiri sebagai hadiah untuk diri sendiri; baju dan ice-blended coklat. Maka, saya masuk Zon Ria, dekat je dengan rumah saya. Masa saya masuk, saya nampak semua baju cantik-cantik.... Ada satu baju tidur yang sangat menarik hati saya, harga pun murah. Tapi saya terfikir, tak rugi ke saya beli baju ni? Saya nak baju cantik yang boleh pergi pakai jalan-jalan. Banyak, tapi saya ragu-ragu nak beli. Akhirnya, saya keluar kesedihan.

Ice-blended coklat pun tak ada. Stok coklat tak datang lagi. =( Kesimpulannya? Saya beli sahajalah ice-blended keladi. Mencuba. Sedap juga. =)

Apa-apa hal pun, saya gembira misi hari ini disempurnakan dengan jayanya!! \(^0^)/

0 comments: