THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, November 5, 2010

Penyesalan


Pada ketika ini, saya menyesali sikap saya terhadap banyak perkara. Terhadap kerja. Terhadap perasaan. Terhadap cita-cita. Dan terhadap diri sendiri.

Saya menyesali ketidakmampuan saya merancang kerja dengan baik, yang telah menyebabkan kesusahan kepada rakan-rakan saya dan diri saya sendiri dalam menyelesaikan tugasan. Saya menyesali ketidakmampuan saya mengadili rasionaliti saya, dan ketidakmampuan saya untuk menyusun kepentingan-kepentingan dalam diari saya.

Saya menyesali ketidakmampuan saya mengawal perasaan. Ketidakmampuan saya untuk menyuntik sedikit kematangan dalam emosi. Ketidakmampuan saya untuk mengawal keinginan untuk memiliki apa yang tidak mampu saya perolehi. Ketidakmampuan saya untuk memberitahu diri sendiri bahawa; berpasangan, sesuatu yang tidak diperlukan buat masa sekarang.

Saya menyesali saya tidak seperti yang saya harapkan. Gadis yang bukan sebarang gadis. Gadis yang memiliki daya berfikir yang matang dan pantas. Gadis yang memiliki pertimbangan emosi yang rasional. Gadis yang mampu membezakan antara keperluan dan kehendak. Saya bukan gadis seperti itu.

Saya menyesali yang saya hanyalah seorang insan biasa yang tidak punya apa-apa untuk ditawarkan. Lebih malang, saya hanyalah orang yang tahu bercakap, tapi tak tahu buat.

Betapa malangnya saya.

Semoga pada saat akan datang, saya mampu merubah diri saya.

0 comments: