Hello hello Malaysia :)
Saya nak cerita pasal angan angan saya lepas habis belajar XD
Lepas habis belajar, saya nak karier yang promising and an apartment sementara saya still bujang. Saya dah imagine apartment saya macam mana. Apartment saya would be kat tingkat belas-belas tapi taklah tinggi sangat, nanti gayat. Senang nak bukak tingkap luas-luas bagi angin malam masuk, tak payah pasang air-cond, jimat elektrik. Apartment saya of mesti ada Astro and internet.
Apartment siapa ni???
Apartment saya ada 3 bilik, 2 bilik tetamu dan 1 bilik baju/storeroom. Let's go to bilik-bilik first.
Dalam bilik tetamu, saya nak letak folding wardrobe, cermin seketul, bedak badan, minyak rambut, tuala, baju t-shirt 2, kain pelekat, kain batik, sejadah, telekung, Quran, kopiah. Tilam, bantal semuanya ada dalam main room a.k.a bilik baju/storeroom.
Ohh kenapa bilik baju saya adalah di main room? Sebab biasanya main room sekali dengan bilik air. Jadi senanglah saya nak bersiap pergi kerja or kemana-mana. Siap mandi terus capai baju. Guests sila pakai bilik air tetamu yang sebelah kitchen saya tu ye. XD
Kat bilik baju pun perhaps saya pakai folding garment je. Tak berat, senang bawak dan baju pun senang capai. Kat garments tu saya cuma gantung baju-baju kurung, baju-baju kerja, and baju-baju special yang perlukan ironing before pakai. Ohh maybe plus tudung Ariani kot. So that awning tak senget benget.
Untuk baju-baju biasa, saya pakai folding boxes biasa je la.
Tapi kalau rasa-rasa simple sangat, saya tukar kepada wardrobe macam ni. Boleh simpan banyak barang, and save ruang :)
Next, move to my kitchen.
Untuk kitchen, selain dari fridge, dapur memasak, sinki, pinggan mangkuk, bahan memasak yang basic etc, benda basic yang kena ada adelah water heater, electric oven, light snacks, healthy fast-food (ada ke?), kopi 3 in 1, teh, and choc drinks. Meja makan kena ada. Walaupun saya lebih suka makan sambil tengok tv, tapi kalau tetamu datang, kenalah hidang dengan proper.
Ohh and saya takkan pakai microwave. Senang dapat kanser sebab nanti kena radiation (micro kan) walaupun jimat masa. Lagipun takut nutrisi makanan lari. So maybe something else kot.
So let's move to my living room. Living room saya simple je, cuma ada bedchair (sebab saya tak ada bilik, jadi saya tidur kat situlah) TV dengan sistem audio (fuhh, nak jugak sistem audio tu), dengan satu sofa single. Apartment saya kecik jadi kena jimat ruang. Haha.
Lagi... (eh, banyak pulak berangan dia ni....)
XD
Bedchair biru yang awesome tu dari ConceptTrend.
ps: Nampak sangat pemalasnya ni.
0 comments:
Post a Comment