THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 10, 2011

The love worth fighting for

Hello hello Malaysia :)

1. Saya sign up dRBook. No further comment.

2. Saya baru habis baca Murabbi Cinta hasil ustaz Hasrizal, cetakan ketiga 2011. Saya suka hasil tulisan beliau sebab idea yang ditulis tu membuatkan saya berfikir. Dari tulisan-tulisan macam tulah, saya dapat relate agama dan kehidupan dari sudut yang lebih mudah dan realistik. Anyways, walaupun saya agak slowpoke tapi saya encourage semua orang baca buku tu. Walaupun ramai panggil ustaz Hasrizal sebagai 'ustaz cinta' tapi saya rasa buku-buku yang ustaz tulis lebih luas skopnya. Semoga saya lebih banyak fikir dan zikir :)

3. Saya ada banyak doa, tapi ada satu yang selalu saya fikirkan sekarang; "Semoga saya tak terlibat dalam cinta yang sia-sia." Saya dah remaja jadi tak salahkan kalau saya fikir hal macam ni?

Kalau ada 20 pasangan dari kalangan kawan saya yang couple, cuma 2, 3 je yang saya rasa serius. Kebanyakan couple ni senang start, senang putus. Make me thinking,

"Kalau kau tak ada rancangan nak kahwin, kenapa kau couple dowh?"

Seriously. Pada saya, couple is a declaration yang kita dah ikat janji dengan seseorang untuk stay together dengan orang tu. Thus, couple pada saya, is more to tanggungjawab. Bezanya, relationship is a RESPONSIBILITY WITH LOVE. Bukanlah saya nak kata yang setiap relationship tu kena berjaya, tapi kalau couple tu bertahan setakat 2-3 bulan, tak sampai seminggu lepas tu jumpa pulak pengganti, bukan ke tu maksudnya MAIN-MAIN?

Of course, relationship is not that simple. The depth of feelings is not judged by the period of relationship. Tapi couple-putus-couple-putus ni dah macam trend pulak. It takes away the purity of relationships.

Sebab tu saya harap saya tak terjebak dengan cinta yang sia-sia. Cinta yang sekadar keluar sama-sama, tengok wayang sama-sama, makan sama-sama etc etc.

Cukup sekadar saya tahu, the love I'm about to involve in is the love worth fighting for.


2 comments:

muhammad haziq said...

post dye..xtahan~ haha :D

Teera Flyhearty said...

dalam hati aku ada taman kan. ;)