THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 17, 2012

Congrats bro :)


Hi. Sebenarnya nak tujukan entri ni pada seseorang. He's a stranger, cuma nak express silent congrats to him.

Tahniah atas langkah pertama itu :)

Saya tak tahu apa apa tentang awak, awak juga mungkin tak perasan tentang saya. Apa yang saya tahu, awak bekerja kat kafe kolej saya sebagai penjual air. Itu sahaja.

Tapi saya kagum dengan kesudian awak sambung belajar dalam kolej ni, dan lebih penting lagi, awak bermula dengan course PIP. Course yang melayakkan awak mendapatkan sijil untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma, bukan course yang terus melayakkan awak mendapat sijil diploma.

Seolahnya pada saya, awak ada tekad dan keberanian untuk menyambung pelajaran, despite of cakap belakang yang mungkin awak terima, atau mungkin akibat kelewatan awak bermula.

The hardest thing about getting started is getting started, quoted from Guy Kawasaki via syazaliyana-cl. Damn true. Dalam apa-apa journey pun, perkara yang paling susah untuk kita laksanakan adalah langkah pertama.

But you've taken it.

And that tekad and keberanian are the things that count :) I envy you have these qualities.

Saya kagumi semangat awak.

Dan saya doakan awak berjaya :)

0 comments: