THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 28, 2012

News feed semester 4


Hi. Hari ni saya sangatlah tak ada aktiviti sampai saya boleh online sehari suntuk. Tak produktif!

(Blahh la Teera. Hari hari pun kau macam tu jugak!) Eh eh.

Anyways, tadi petang saya siapkan entri untuk blog assignment saya, Critical Thinking . Jadi silalah lawat ya. Lagi best kalau tuan/puan/encik/cik reader boleh tinggalkan komen sekeping dua. Bolehla kita bertukar tukar pendapat :)

Jadi so far, apa yang dah jadi kat semester 4 saya ni?

Semester ni, untuk subject Intercultural Communication, saya dan group ditugaskan untuk present budaya tradisional perkahwinan orang Iraq. Saya pulak tu ketua kumpulan! Kerja group kali ni skala dia besar sikit (satu kumpulan 8 orang, biasanya paling banyak saya pernah handle is 4 atau 5 orang je), and hasil kerja kami kena presented kat Cultural Event awal bulan 3 nanti. Setakat ni kumpulan saya dah buat pembahagian kerja dan perancangan jangka masa kerja. Kalau kami stick pada perancangan ni, insyaAllah perjalanan kerja kami smooth :) Assignment yang agak mencabar jugak ni.

Untuk subjek Research and Project pulak, saya kena buat research skala kecil tentang kelas tuisyen kat sekolah-sekolah. Subjek ni cuma ada satu assignment dan tak ada exam. Kalau ikutkan macam chill je kan? Tapi assignment RnP ni salah satu assignment yang berat untuk semester ni. Kami kena berurusan dengan orang luar dari pelbagai level, baik dari budak sekolah, pemilik institusi sampailah pengetua. Untuk orang macam saya yang baru setahun jagung belajar, assignment ni agak berat sikitlah. Tapi saya harap semuanya okey :)

Oh dan juga pasal classmate. Classmate sem ni boleh tahan. So far so great. Kami blended well. Semoga kami dapat kekal macam ni :) tapi apa-apa hal pun, classmate sem 3 tetap di hati. Baru-baru ni diorang buat touching pulak, upload gambar-gambar dalam group lepas tu cakap rindu la apa la. Cisss.

Dan subjek lain.... hmm oklah kot so far. Saya cuma harap by the end of this semester, ada something new saya dapat. Ganbatte!

0 comments: