THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, December 20, 2008

Kualiti Lagu Malaysia

Aku peminat muzik, tapi aku tak minat majoriti lagu malaysia.

Bukan aku memperlekehkan ye... tapi kadang-kadang aku tak puas hati dgn kualiti lagu malaysia. Kualiti dah baik, tapi aku yang tak puas hati. Alasan :

1) Lirik. Aku rasa majoriti lagu malaysia ni cerita pasal benda yang sama. Cinta. Sampai aku naik muak. Dah tak ada topik lain ke? Ke memang selera orang kita pada lirik cinta? Lagu hip-hop, balada, rock, boleh kata majoriti pasal cinta. Aku tak membantah lirik macam tu tapi kalau dah majoriti sangat, tak boleh salahkan aku kalau aku muak. Komposer kita kena fikir kepelbagaian lirik ni.

2) Tiru. Sekarang penyanyi dah mula tiru lagu popular dari negara lain. Diorang cuma tukar lirik je. Contohnya, Izwan Pilus yang tiru lagu drama Full House. Aku tak dapat bantah apa-apa kalau cara ni adalah salah satu strategi diorang untuk popular tapi kan lagi bagus kalau diorang gunakan bakat diorang untuk cipta lagu sendiri yang lebih bermutu?

3) Susunan muzik. Aku tak berani nak komen pasal susunan atau instrumen yang diorang gunakan untuk lagu diorang sebab aku tak pro lagi. Lagipun aku tak selalu dengar lagu Malaysia jadi aku tak berapa tau perkembangan lagu kita. Tapi mengikut pendapat aku, instrumen yang digunakan tak meluas. Maksud aku, aku rasa kebanyakan lagu kita menggunakan instrumen yang sama. Maaf la kalau aku silap.

Ok. Tu antara alasan utama aku kenapa aku tak berminat dengan muzik kita. Untuk post seterusnya aku akan beritahu kenapa aku minat J-Pop dgn western songs. Sekarang dah lewat malam. Jadi.... Oyasumi!

0 comments: