Lagu negara luar pun ada nilai identiti sendiri. Yang pasti, mestilah bermutu. Aku peminat lagu Jepun dan western, tapi lebih kearah lagu Jepun la. Sebabnya :
1) Lirik. Mestilah aku akan cari translation untuk setiap lagu yang aku jumpa. Dan aku rasa, mungkin kebanyakan tema lagu Jepun pun (kalau western, dah pasti!) adalah dari kekasih kepada kekasih (cewah!) tapi dari banyak lirik yang aku faham, topik diorang universal. Boleh jadi kekesalan waktu berperang, konflik dengan diri sendiri.... macam-macam lirik yang boleh keluar.
2) Bunyi dalam susunan muzik. Maaf ye, dalam post yang dulu aku ada kata yang instrumen muzik dalam lagu kita tak digunakan secara meluas. Sebenarnya, keseluruhan instrumen muzik dah dipakai dalam lagu kita, cuma lagu kita HANYA menggunakan instrumen je. Aku dah banyak dengar lagu Jepun yang menggunakan bunyi alam semulajadi, bunyi yang biasa kita dengar setiap hari. Contohnya, bunyi air mengalir, bunyi burung terbang. Bunyi yang aku dengar masa aku tekan keyboard komputer ni pun boleh dijadikan sebahagian daripada lagu, asalkan kita tau tentukan tempo dan kesesuaiannya.
Kalau western, aku tak dapat cakap banyaklah. Sebab western memiliki industri muzik yang gah. Jadi lagu yang diorang keluarkan akan diminati ramai. Tapi kualiti pun ok.
Aku harap industri muzik kita berubah ye.......
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment