THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 16, 2009

First Love's Dream

Ramai kawan aku yang tanya,

"Kau tak nak ke boyfriend?"

Aku sekadar tersenyum dengar orang tanya macam tu. Aku sikit sebanyak bersyukur sebab aku tak ada keinginan tu lagi buat masa ni. Tapi aku pun tak faham kenapa... Sampailah sekarang, aku mungkin dah bertemu jawapannya, cuma aku tak pasti.

Mungkin sejak aku putus cinta, hati aku yang still tak terbuka. Kenapa? Sebab, secara jujur aku akui, aku belum jumpa orang yang dapat curi hati aku macam Greatest Soldier aku. Sebelum aku jumpa dia, kalau ada orang tanya aku soalan yang sama macam kat atas, aku akan jawab, cukuplah kalau orang tu dapat buat aku suka dia dan dia seorang yang boleh diharap.

Lepas aku jumpa dia, dan selepas aku berpisah dengan dia, aku dah tak tahu nak jawab macam mana bagi soalan macam tu. Lama jugak aku terfikir, as result, aku rasa kalau orang tanya aku soalan macam tu, aku akan jawab,

"Kalau boleh aku nak orang yang macam Greatest Soldier aku dulu. Menyayangi aku seadanya dan membenarkan aku berada di sisinya. Memberi aku mimpi yang indah yang boleh aku kenang sampai bila-bila."

Mungkin hati aku masih terikat dengan kenangan dulu. Aku bukan nak kata yang aku masih terkurung dalam memori lama, aku yang sekarang dah ok, ceria dan tak ada apa-apa, cuma kenangan dulu tu indah. Kan ke biasa je bagi seseorang tu menghargai cinta pertama macam yang tengah aku buat sekarang?

Saat ni aku teringat dengan kata-kata Tifa Lockheart pada Cloud Strife,

"Are we lose to our memories?"

0 comments: