THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 16, 2009

Jiehan

Jiehan, former student sekolah aku. Dia dinasihatkan berpindah sekolah selepas satu kejadian yang melibatkan aku tanpa aku sedar. Tapi maaflah, aku tak boleh cerita kat sini.

Berdasarkan cerita-cerita yang aku dengar, dan jugak kejadian tu, aku simpulkan yang family dia kurang bagi perhatian kat dia. Mana taknya, ayah dia pindah rumah semata-mata sebab tak nak sebumbung dengan dia. Pernah ayah dia marah dia sebab kerja kat restoran, dan apa yang Jiehan buat? Ayah dia kena simbah kari oleh anak perempuan dia yang 'jahat' tu! Aku marah jugak dengan ayah dia. Kata dah tak mengaku anak, duit nafkah pun tak kasi. So, kenapa nak marah kalau Jiehan nak kerja kat restoran??

Aku kagum dengan Jiehan. Walaupun dia kurang kasih sayang tapi dia tahu berdikari dengan cara yang halal. Dia sanggup kerja kat restoran, dan aku tahu dia pandai bawa diri walaupun dia berkawan dengan orang-orang yang 'tak berjenis'. Dia baik, tapi semua orang cop dia jahat. Tak baiklah buat macam tu kat dia. Tapi, ada jugak yang faham dia.

Sekarang aku lost contact dengan dia sejak dia pindah. Tapi aku harap aku dapat jumpa dia lagi.

"Semoga Jiehan tabah menghadapi hidup dan dapat cari apa yang dia perlukan untuk dirinya. Sebagai kawan, aku akan cuba untuk berada di sisi dia tak kira macam mana pun."

0 comments: