THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 16, 2009

Memori Laicikang

Perkara ni kecil je bagi semua orang, tapi entah kenapa aku rasa sangat bermakna.

Masa tu ada kelas Bahasa Arab, majoriti pelajar kelas aku kena denda sebab kerja sekolah tak siap (termasuklah aku sekali!) . Mulanya kitorang kena duduk kat atas tar tengah panas (masa tu tengahari) tapi lepas tu kitorang kena duduk atas pentas (kitorang belajar kat dewan terbuka) sambil buat latihan yang ustazah bagi time tu. Sambil-sambil buat tu, pantang ustazah leka sikit, atau ustazah tak ada ke, kitorang akan main laicikang.

Permainan tu macam ni. Semua orang kena duduk dalam bulatan, pastu letak tangan atas paha, sebelah tangan atas tangan kawan sebelah, sebelah lagi kat bawah tangan kawan sebelah satu lagi. Pastu kita kena tepuk tangan kawan, dari orang ni ke orang tu, sambil-sambil nyanyi lagu laicikang (maaf, aku tak ingat lagu tu macam mana) sampai tiga kali. Habis je kali ketiga, orang yang berjaya ditepuk tangannya akan keluar dari bulatan tu. Kalau tak berjaya, orang yang menepuk tu akan keluar. Best sangat!

Punyalah nak berjaya tepuk tangan, macam-macam trick kitorang buat. Konon-konon garu kepalalah, baiki kedudukan spectacles... hahah! Sambil-sambil tu kitorang bercerita. Macam-macam cerita keluar. Kalau ustazah ada, kitorang buat kerja balik. Masa mula-mula permainan, aku 'mati' tapi dimaafkan sebab aku tak faham dengan permainan tu.. dah tengah-tengah main baru tahu macam mana.

Kenapa seronok? Sebab aku wujud bersama kawan-kawan. Aku bersama dengan ramai orang dan ramai orang menerima aku kat situ. Aku terasa macam aku salah satu elemen keseronokan yang ada time tu. Seronoknya bila diri sendiri menjadi sebahagian dari satu komuniti yang mesra.

Aku nak kenang memori ni sampai bila-bila.

0 comments: