Hari ni saye kena marah dengan mak seorang pelajar saya, indirectly. Mak student tu taklah terus hambur saye, dia meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada anaknya tentang cara pengajaran saya.
In my first [own] class yesterday, disebabkan saya blank, saya hanya menyuruh mereka melukis ciptaan Allah yang boleh mereka nampak, misalnya matahari atau awan. Dan disebabkan itu, saya dikritik,"Saya hantar anak saya belajar bukan melukis," betapa risaunya saya kerana saya tahu, mereka yang mengkritik itu adalah ibu bapa yang inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Kalaulah mereka tahu guru yang mengajar anak mereka sebenarnya seorang yang tak ada kelulusan dan tak ada pengalaman?
Saya sedar, semenjak saya memegang kelas pra sepenuhnya, maka tanggungjawab untuk membentuk mereka adalah sepenuhnya di bawah saya. Segala hal mereka, keselamatan mereka, didikan yang mereka terima adalah sepenuhnya tanggungjawab saya. Saya seorang yang cuai, dan kadangkala saya sendiri tak tahu membezakan sesuatu, maka saya sangat risau.
Tapi saya akan lakukan yang terbaik. Saya takkan lama bersama mereka, jadi saya harap di masa yang pendek ini saya akan berjaya memberikan mereka sesuatu untuk sepanjang hidup mereka. Mungkin bukan ilmu yang hebat-hebat, saya pun bukannya pandai, jadi setidaknya, saya harap mereka mengenang saat-saat saya menjadi guru mereka sebagai saat sekolah tadika yang menggembirakan.
Now, I am really a teacher.
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment