Huh, entri kali ini sekadar mencuri masa, ingin memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk, terutama sekali selepas kakak sulung saya bersalin dan sejak mendapat kerja baru. Secara keseluruhan, analisis peribadi saya, boleh dikatakan setiap hari saya hampir tidak memiliki waktu untuk diri sendiri.
Setiap pagi pada minggu lepas, minggu pertama kesibukan saya, saya akan membantu ibu saya melakukan kerja rumah. Kerja-kerja rumah yang biasa, seperti menjemur kain, mencuci pinggan...
Pada tengahari, saya akan memulakan kerja saya sebagai guru tadika sehingga petang. Sungguh, saya berasa sungguh penat melayan kanak-kanak. Kerenah mereka mandi, kerenah mereka bergaduh, kerenah mereka yang sentiasa menyuruh saya bercerita dan bercakap dengan saya...
Dan pada malamnya barulah saya agak lapang. Waktu inilah saya berpeluang menonton tv, melayari facebook dan sebagainya. Walaupun kerja-kerja membersihkan dapur tetap di bahu saya, sekiranya saya tidak tidur di rumah nenek saya...
Sangat penat, namun sangat memuaskan hati. Inilah kepenatan dan kesibukan yang saya inginkan ketika saya masih di bangku sekolah. Sangat sibuk, tapi hidup saya terisi dengan sesuatu yang tak sia-sia. Kalau dulu, disebabkan kebosanan yang terlampau, saya akan membuat entri untuk blog saya berkali-kali dalam sehari, dan boleh membuka kotak emel saya sebanyak lima kali sehari.
Namun kini, saya ada sesuatu yang lebih berharga untuk dilakukan daripada sekadar melayari internet. Saya menghargainya, dan perkara ini mengajar saya untuk lebih matang.
Saya sukakan hidup saya.
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment