THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 17, 2010

Peter And Alice's Stories

Mood menulis blog tiba-tiba hadir, maka saya membuat blogging's marathon ketika ini.

Satu hari, ketika sedang menonton filem lama Peter Pan(dalam filem yang ni Peter dah kahwin dengan Moira, cucu Wendy), kakak saya ceritakan kisah-kisah di sebalik cerita dongeng yang ada.

Contohnya, Peter Pan lah. Saya tahu sedikit sebanyak latar belakang kisah ini. Penulisnya membuat cerita Peter Pan kerana ingin mengenang adiknya Peter yang meninggal dunia ketika berumur 12 tahun. Kerana itulah Peter Pan tidak membesar. Kisah ini juga, mengikut kata-kata kakak saya, ditulis berdasarkan sisi pandangan kanak-kanak. Sebab itulah, watak Mr Darling dan Captain Hook akan dilakonkan oleh orang yang sama, sebagai simbolik bahawa pada pandangan kanak-kanak, bapa adalah orang yang menyekat kebebasan mereka bermain.(p/s:maaf, tak bermaksud pandangan ini betul. Like I said, this story was created based on children's view)

Beralih kepada sebuah lagi kisah dongeng, Alice In Wonderland.

Sebenarnya kanak-kanak bernama Alice benar-benar wujud. Alice merupakan anak kepada seorang profesor yang mengajar seorang pelajar undang-undang. Pelajar ini sangat sukakan sikap Alice yang suka bermain, maka setiap kali menziarahi keluarga profesor itu, pelajar ini akan menceritakan kisah-kisah pengembaraan dengan menjadikan Alice sebagai watak utama. Sehinggalah pada satu hari, pelajar itu menghadiahkan sebuah buku yang mengandungi kisah-kisah tersebut kepada Alice sempena hari jadinya.

Saat saya mendengar this true The Making Of ini, saya memikirkan bahawa



It should be wonderful if there is someone thinks that I am worthy to be remembered.

0 comments: