THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 17, 2010

Piano Itu Berbunyi Lagi

Saya sedang sibuk membaca manga yang dipinjam dari Yurika di dalam bilik ketika saya terdengar bunyi piano.

Saya kenal bunyi piano itu datang dari mana. Macam mana saya nak lupa kalau dari rumah itu jugalah bunyi piano yang saya selalu dengar dimainkan.

Dan apabila muzik piano itu pun tak boleh saya lupakan.

Ia kedengaran semula, sekali lagi. Saya cepat-cepat ke balkoni luar secara curi-curi untuk mendengar dengan lebih jelas kerana saya tak nak disedari oleh sesiapa pun. Lagipun, saya nak tahu siapa yang mainkan muzik yang betul-betul melekat di hati saya.

I don't know what is your opinion, but I know it's not stalking, they don't even realize I am their neighbour, so no way they will know I am seeking for the pianist, nor feel annoyed.

Menggunakan kaedah taakulan, saya mengagak bahawa yang memainkannya mungkin seorang gadis. Saya agak kisah sebenarnya, tapi tak mahu terlalu kecewa jadi biar ajelah. Dan saya dapat mengenal pasti yang dia memainkan 3 lagu iaitu My Heart Will Go On, saya-tak-ingat-tajuknya-tapi-dari-movie-hindustan dan terakhir adalah Ballade Pour Adeline.

Saya telah mendengar banyak muzik instrumental seperti ini, dan kesemuanya merupakan hasil karya yang sangat hebat.

Mungkin sebab saya mendengar bunyi piano secara live, atau suasana sekeliling yang menjadi faktor, tapi apa yang saya pasti...




... Muzik beliau sangat indah.

0 comments: