THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 25, 2010

banyak kali Dan.


Alhamdulillah.

Permohonan untuk masuk ke Kolej Professional Mara dalam bidang English Communication akhirnya diluluskan.

Saya tak berapa faham, tapi menurut kata abang saya, kalau kita masuk kolej tu, kita akan mengeluarkan perbelanjaan paling minima. Boleh kata semuanya ditanggung, siap dapat elaun lagi.

Dan ibu bapa saya bersetuju dengan pilihan saya. Saya gembira sebab sepanjang ingatan saya, inilah kali pertama keinginan saya dipersetujui oleh kedua orang tua saya.

Kalau tak ada aral melintang, saya akan mendaftar pada bulan Julai. Means, ada sikit lagi masa untuk saya cari duit poket.

Setidaknya pendidikan peringkat tinggi saya sudah terjamin. =)

Dan.

Masalah tentang markah murid, sudah diselesaikan.

Saya pergi bertemu pengetua pada hari Khamis lalu, dan beliau sudah bersetuju untuk membenarkan saya membuat re-test untuk semua pelajar saya. Bermakna, saya dapat gantikan senarai markah tu dengan yang baru.

Haha.. Tentang anak murid saya, mereka tak pernah gagal dalam membuatkan saya bertambah sayangkan mereka. =)

Dan.

Tentang seorang kawan emo saya.

Setelah sekian lama struggle dengan perasaan sendiri, saya mengambil keputusan untuk merenggangkan persahabatan kami dari kawan baik kepada kawan biasa.

Baiklah, kedengaran kejam kan? Saya mengaku saya bukan kawan yang baik. Saya tak dapat mengelakkan perasaan jelik saya terhadap dia setiap kali dia emo, walaupun saya cuba melihat luahannya dari sudut rasional saya.

Bukannya saya tak boleh menjadi telinga orang, tapi saya tertekan bila setiap kali pun dia luahkan masalah yang sama, dan saya jenuh nak nasihat benda yang sama. Kadang-kadang dia menafikan nasihat saya dengan menceritakan kesedihan dia.

Dia kawan yang baik dan setia, saya tahu tu. Cuma kesesuaian kami berkawan mungkin dah kurang, sebab masing-masing makin dewasa dan perangai pun dah lain.

Ya, anda bebas untuk mengutuk atau memarahi saya atas tindakan merenggangkan persahabatan ni, tapi saya nak ingatkan, saya lebih tahu ceritanya berbanding anda.

Dan.

Saya gagal untuk maktab. Sedih jugak sebab saya dah yakin lebih kurang 80% yang saya akan dapat panggilan temuduga untuk ke maktab ni.

Saya minta untuk bidang pengajaran bahasa Inggeris dan pendidikan khas untuk OKU. Sebab tu saya percaya saya akan dapat.

Tapi tidaklah sampai kecewa sebab saya tak berminat sepenuhnya untuk menjadi guru, walaupun ada pengalaman sebagai guru sandaran selama 3 bulan.

Dan.

Saya dah hilang kepercayaan terhadap seorang kawan baik saya, atas sebab-sebab tertentu.

Tidak, dia tak selalu menipu. Bukan juga mengkhianati.

Saya selalu menganggap dia sebagai seorang yang mudah untuk saya fahami. Jadi saya observe dia berdasarkan perlakuannya.

Pada pandangan saya, kalau dulu dia di sisi saya atas alasan dia mahukan saya berada bersamanya, kini dia di sisi saya kerana dia kasihankan saya.

Ya, saya seorang yang tamak. Kalau seseorang tu bersama saya kerana dia perlukan saya, saya boleh janjikan yang saya akan cuba sentiasa ada untuknya. Tapi kalau sebab dia kasihankan saya, terima kasih atas kebaikan awak, but you don't have to worry because my life is too wonderful for your sympathy.

Ok, saya rasa setakat itu saja~ =)




0 comments: