THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 19, 2010

Hikmah dari kesulitan


Mencuri masa untuk berehat sebentar setelah penat menyiapkan tugasan. =)

Baru-baru ini, saya mengalami masalah yang sangat besar. Kertas markah pelajar yang sepatutnya saya submit kepada pengetua hari Isnin lalu (tapi kemudian direject) telah hilang entah ke mana. Kertas tu sangat penting sebab tanpa kertas tu, buku rekod pelajar takkan dapat diedarkan. Malah, selagi saya tak submit kertas tu, saya takkan dapat gaji saya ='(

Maka, saya berusaha untuk mencari kertas tu. Saya cari di merata tempat, segenap ceruk rumah. Tapi masih tidak ketemu.

Setelah penat mencari, saya melepaskan lelah dengan berkurung dalam bilik dan menangis sepuas-puas hati saya. Boleh kata saya jarang menangis, tapi perkara kali ni sangat menyedihkan saya.

Saya kesal sebab saya sangat cuai menjaga barang yang sangat penting tu. Saya tak bertanggungjawab. Dalam hati, saya marah diri saya sendiri, kenapa saya tak pernah dapat buat dengan baik bila diberikan tanggungjawab?

Dan saya percaya, di sebalik semua kesusahan mesti ada kesenangan. Setakat ni, kepercayaan saya belum dikhianati =)

Saya berbangga dengan diri saya somehow, because in such of that critical moments, I can stay calm and avoid myself from going sad any deeper. Okay, I'm crying, but I didn't let myself drown into that tears and try to think what is the meaning behind all this problem. Yeay~

Saya gembira saya berfikiran positif dan tidak cepat berputus asa. Well, setidaknya kali ni saya berjaya memaksa diri saya untuk tidak berputus asa. Walaupun saya tak jumpa lagi kertas tu, saya tahu yang kertas tu masih berada di somewhere of my house. Sebab saya jumpa banyak barang saya yang hilang dulu dalam misi mencari kertas ni. Lagipun ibu saya takkan buang apa-apa tanpa dia yakin yang barang tu memang dah tak ada orang nak.

Dan akhirnya, saya belajar untuk berterus terang. Nak bagitau pengetua tu bukan senang, mengumpul 1000 kekuatan tau. Walaupun pengetua tu bukannya orang yang garang or cepat marah, tapi dia seorang yang tegas dan straightforward. Saya berjaya belajar memaksa diri sendiri untuk menerima akibat perbuatan saya. Dan saya mengakui yang berkata benar itu memang pahit, dan saya gembira kerana dalam kes ni, saya berjaya berkata benar. Walaupun saya kena marah, tapi hati saya rasa lapang =)


.

0 comments: