THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, May 13, 2010

Tag

Minta maaf ya kalian, saya memang nak update blog ni, tapi saya tak dapat cari masa yang sesuai untuk update blog, sebab saya tak suka update blog di saat ramai orang ada di kawasan perkomputeran ni, nanti mulalah suruh saya buat air, angkat kain etc... lepas tu hilang idea nak update. Tak ada mood la macam tu tau tak. Maka saya selesaikan satu tag dulu.

1. Siapa orang yang kau teringin nak tampar?
Peserta-peserta Raja Lawak. Komedi sampah.

2. Siapa kau nak jadi Sugar Daddy kau. Bagi sorang je, wajib Malaysian.
Sugar Daddy? Kenapa perlu sugar daddy?

3. Siapa manusia paling annoying kau pernah jumpa? Siapa orang paling famous kau pernah jumpa? Siapakah orang paling vain kau pernah jumpa?
Annoying : Dua ekor makhluk yang aku pun tak tahu nak describe macam mana. Tapi sangat annoying dengan kata-kata mereka. Sampai aku ada perasaan nak campak mereka dengan segala hormatnya ke Selat Melaka.
Famous : Mungkin seorang. Sangat comel dan lovable. Mungkin sebab itu ramai yang suka kat dia.

4. Apa yang kau paling harapkan dari pasangan kau?
Kesungguhan beliau.

5. Kau penah kentut dalam lif?
Kalau kau berani jawab soalan ni, barulah aku jawab.

6. Makanan paling jijik kau pernah makan?
Tak pernah lagi aku makan makanan yang aku tak suka.


7. Rancangan Tv paling bodoh kau pernah tengok?
Senario. Tolonglah, zaman anda sudah berhenti. Apa kata anda tukar style lawak anda yang ... itu?


8. Kalau terperangkap dlm jem, pastu rasa terkencing, apa kau akan buat?
Aku tahan dulu. Kalau tak tahan, pergi ke stesen minyak berdekatan. Kalau tak ada, nak buat macam mana...

9. Kau stalk hp or email kekasih kau tak atau share paswed fb/email?
Aku bukan stalker, dan selagi kau bukan laki aku, aku takkan share apa-apa yang private dengan kau.

10. Kalau jumpa kucing kena langgar kete dah speruh mati kaki putus sume, kau buat ape?
buat-buat tak nampak. Atau sehabis baik, aku kesian tengok kucing tu.

11. Apa perasaan kau bile tengok cermin sorang2?
"Comelnya."

Hahaha.

12. Kalau kau jumpa gambar wanita bogel yang kau kenali (selain dari artis mahupun pelakon porn) dalam pc bf kau, apa kau buat?
kau ingat bf aku tak bermoral ke?

13. Apa kau buat kalau kawan kau asyik mengadu benda yang sama berbulan2?Pastu orang nasihat taknak dgr.
ahah. Aku dah pernah alami benda ni. Aku renggangkan friendship aku dengan beliau. Kemudian aku berterus-terang dengan sikap dia yang annoying ni. Kalau dia tak dengar jugak, biasanya aku biarkan. Letih la dengan orang macam ni!

14. kalau nampak kawan ade taik idung nak terkeluar, atau ade 2 helai bulu hidung yg terlebih pjg terkeluar dr idung, bgtau direct ke, tarik tepi dan bisik ke, gelakkan ngan org lain ke atau buat tatau?
Aku biar je. Tak payahlah pandang. Nanti kau muntah biru pula.

15. Hantu dari filem mana kau paling takut?
Hah? Aku tak tengok cerita hantu. Lagi-lagi Malaysia. Berbanding cerita hantu, thriller lebih berbaloi.

16. Rancangan Realiti TV yang kau teringin sangat nak masuk dan kenapa.
Biggest Loser kot. Sebab boleh kurus. Tapi aku tak layak untuk masuk sebab berat aku kurang dari kelayakan. Wipeout? Tak sanggup pulak diketawakan. Maka, tak adalah.

17. Kalau diberi peluang masuk Amazing Race, siapa pasangan yang kau akan pilih.
Sesiapa yang boleh diharap. Aku tak pandai nak mencelah kat negara orang. Negara sendiri pun boleh sesat.

18. Rancangan Realiti TV paling menyampah kau tengok.
Akademi Fantasia. Sila berhentikan rancangan sampah ini.

19. Bakat yang kau harap sangat ada pada kau.
Tulis lagu. Main muzik. Melukis.

20. Kalau diberi peluang dan mesin masa untuk kembali ke zaman lampau, concert siapa yang kau teringin nak pergi tengok?
Aku tak nak konsertlah. Aku nak balik zaman aku baby. Zaman aku darjah 1. Zaman aku tingkatan 1. Supaya aku dapat jadi pari-pari penyelamat pada diri sendiri.

21. Tattoo. Kau nak? Bole. Tapi hanya satu, dan mesti tattoo wajah celebrity. Wajah siapa kau nak?
Bila aku kata aku nak?

0 comments: