Wah. Rasanya dah lama sangat tak update blog. Baru-baru ni saya mengalami demam teruk selama seminggu. Dua kali saya masuk hospital dalam minggu tu. Tapi berkat sakit, saya kurus sedikit. Haha. Inilah yang dikatakan ada hikmah di sebalik semua kejadian. =)
Oh ya. Sebenarnya saya sudah lama tak dapat melayari internet. Entah apa masalahnya, sambungan ke internet terminated walaupun streamyx dah disambungkan. Maka, ibu saya berura-ura ingin pakai wi-fi pula. Apa-apa sajalah.
Dan, dalam entri ini, saya ada menyebut tentang seorang kawan saya. Yang bermasalah. Kini, saya hendak menyatakan bahawa secara rasminya kami sudah tidak lagi berkawan. Saya tak mahu mengulas panjang tentang perkara ini, namun yang pasti itulah kenyataannya.
Sekarang, facebook dan blogging menjadi satu perkara yang mudah untuk saya ketepikan. Permainan dalam facebook juga saya dah tak usik. Internet juga menjadi perkara yang bukan prioriti dalam hidup saya. Saya hanya pakai internet jika saya tak ada apa untuk dibuat, dan juga jika saya ingin download lagu. Kalau dulu, mesti nak duduk depan komputer layari internet, walaupun sebenarnya tak ada benda pun yang nak dilayari. Alhamdulillah untuk itu.
Hahaha... Entri yang sungguh tak bertujuan. Saya tak tahu apa yang patut diperkatakan sebenarnya. Jadi, maafkan saya untuk entri yang bosan kali ini.
0 comments:
Post a Comment