Hari ini, saya keluar berjalan-jalan dengan Yurika Figment di sekitar bandar Temerloh. Dan konklusi saya, kami telah pun mengalami transformasi seiring dengan umur kami.
Saya masih ingat, dulu semasa kami masih bersekolah bersama, betapa kami tak suka mereka yang kuat membeli belah. Dalam fikiran kami pada waktu itu, "Apadehal nak beli baju, skirt segala... Gediklah! Baik beli CD anime, manga ke, baru best!" Ya, kami memandang mereka yang suka membeli belah ni sebagai orang yang gedik. Terutamanya perempuanlah. Kalau lelaki, kami pandang sebagai tak masuk akal.
Pada ketika itu juga, kami tak mengambil berat dengan imej sendiri. Pada kami, orang yang menjaga penampilan juga orang yang gedik dan tak masuk akal. Masa tu kami langsung tak pandang bedak, pengilat bibir, minyak wangi dan yang sewaktu dengannya. Saya pada masa tu, pakai bedak tabur je. Tapi kadang-kadang tu pakai jugalah minyak wangi. Saja nak menggedik ;P
Kini, kami sudah mengalami transformasi seiring dengan peningkatan usia. Saya mula mengalami sindrom suka membeli belah. Dan yang saya suka biasanya membeli pakaian, kasut dan aksesori. Haha, kalau saya-ketika-berumur-15-tahun-dulu tahu saya-yang-sekarang sudah jadi begini, mahu ditamparnya saya =)
Guardian menjadi destinasi tetap bila kami bersiar-siar. Sudah mula pandai bercakap tentang concealer dan foundation. Sudah mula ingin memakai lip gloss. Dan semakin terbuka apabila bercakap tentang hubungan dengan kaum berlainan jantina. Pendek kata, kami semakin menjadi seperti orang yang kami bencikan 3 tahun dulu.
Perasaan saya mengalami transformasi ini? Mungkin gembira. Kerana saya tahu saya sedang menjadi orang yang lebih tahu menjaga diri sendiri, dari segi fizikal. Sedang menempuh kematangan.
Mungkin juga sedih. Kerana apabila saya menempuh kematangan, bermakna saya ada banyak perkara yang mesti dirisaukan. Hidup tidak lagi sesenang dahulu.
Tetapi saya tahu, transformasi perlu ditempuhi, dan pasti akan ditempuhi oleh manusia. Terpulang pada kita untuk menentukan arah transformasi kita, sama ada ke arah yang baik mahupun sebaliknya.
=)
Fullmetal Alchemist Brotherhood
11 years ago
0 comments:
Post a Comment