THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, June 7, 2010

Momen Indah

Awal-awal momen indah dalam hidup yang saya ingati bermula ketika saya berumur 6 tahun, ketika saya bertukar tadika, dari tadika al-munawwarah ke PASTI. Masa tu teruja kerana itulah kali pertama saya bertukar tempat belajar. Seronok menjadi orang baru.

Dan ketika saya didukung oleh ermm... mungkin bapa saudara saya untuk ke tengah-tengah laut ketika pergi ke pantai. Masa tu saya percaya yang kami betul-betul berada di tengah, jadi saya cuak, mana la tahu ada jerung masa kami ralit tangkap gambar.

Dan ketika saya darjah 1, saya bertemu dengan Amaliana, Amalina Aini, Wan Hamiza dan Akmal. Mereka kawan yang sangat baik pada saya ketika itu. Akmal menghadiahkan saya pembaris. Amaliana dan Amalina Aini pula adik-beradik angkat saya ketika itu. Haha, saya ingat lagi bagaimana saya percaya bahawa seberkas pensel warna milik Amaliana boleh bercakap!

Momen seterusnya ketika saya darjah 5. Saya mendapat tempat kedua ketika peperiksaan pertengahan tahun dan tempat pertama ketika peperiksaan akhir tahun. Rasa agak bangga kerana berjaya berdiri sebaris dengan seorang pelajar harapan ketika itu, Syamil.

Kemudian, ketika saya darjah 6. Nama saya diumumkan sebagai pelajar 5A, tempat kedua mengikut turutan nama. Ada yang kata nama disusun mengikut markah. Maknanya, nama pertama dipanggil adalah pelajar 5A yang paling tinggi sekali markahnya. Haha, saya ingin percaya pada khabar angin ini, kerana maksudnya, saya orang kedua tertinggi dalam sekolah.

Ketika tingkatan 1, saya bertemu dengan senior-senior yang suka anime seperti saya, maka kami menubuhkan satu kelab anime secara tak rasmi. Malangnya kami hanya sempat membuat perjumpaan sebanyak 2 kali.

Ketika tingkatan 2, saya bertemu dengan dua orang BFF saya, Yurika Figment dan Airie Lighting. Selepas bertemu mereka, tempoh yang dilalui selepasnya amat menyeronokkan, sampailah sekarang.

Momen indah ketika tingkatan 4, saya berpindah sekolah. Pada awalnya saya rasa sangat sedih, sehinggakan beberapa kali saya menangis kerana tak tahan bersekolah di sekolah baru. Tapi kemudian, saya dikuatkan oleh pertemuan saya dengan soldier saya. Tempoh selepas itu juga sangat menyeronokkan.

Saya juga bertemu dengan rakan-rakan baru yang baik dan bermakna untuk saya di TAHAP, terutama sekali Ice. Dengan dialah saya banyak berkongsi rahsia, sehinggakan saya rasa beliau orang yang paling kenal diri saya selepas diri saya sendiri. Kami juga sering merenung bintang bersama. Namun, kenangan bersama rakan-rakan lain juga sangat indah untuk dikenang semula.

Dan terbaru, momen ketika menjadi guru di tadika. Jujur saya katakan, setiap kali bersiap untuk ke tadika, saya rasa sangat malas kerana saya perlu berjalan kaki selama 30 minit dan melintasi banyak trafik. Tapi selepas habis bekerja, saya rasakan kepuasan dan kebahagiaan bersama-sama dengan anak murid saya. Maka, setiap petang pun sangat indah.

Hahaha, sengaja saya bernostalgia. Saya bersyukur kerana hidup saya sebegini indah.

=)


.

0 comments: