THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, September 17, 2010

Rumah is My Home

Cuti sudah hampir tamat, maka saya perlu menyediakan mental untuk kembali ke kolej. Namun seperti biasa, rumah saya yang saya panggil Rumah sering tidak mengecewakan saya.

Saya akan terimbas akan diri sebenar saya. Perkara-perkara yang boleh menghilangkan keresahan saya, saya akan kembali menghayatinya memandangkan Rumah menyediakan semua itu. Kenapa saya meminati muzik, bagaimana hobi telah menjadikan saya adalah saya, keluarga yang sangat mesra, dan rakan-rakan rapat yang begitu sealiran.

Pernah saya risaukan tentang sesuatu; adakah saya akan merindui rumah saya seperti ketika saya di TAHAP? Di kolej, telefon bimbit, laptop dan internet bukan lagi satu larangan, malah digalakkan untuk dibawa. Saya sangka, hal-hal duniawi itu yang membuatkan saya merindui Rumah setiap kali pulang ke asrama TAHAP.

Saya bersyukur kerana masih merindui Rumah meskipun internet sudah senang diakses di kolej, meskipun telefon bimbit sudahpun adalah keperluan di tempat pengajian saya, malah mampu untuk membawa laptop sendiri. Kini saya tahu, Rumah tidak hanya menyediakan saya media.

Rumah menyediakan saya segala-galanya.

0 comments: