THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, September 19, 2010

Surat

Surat 1#

Saya faham sekiranya awak tidak lagi menyukai saya.
Dan saya tiada apa-apa komen tentang perasaan menyampah awak pada saya.
Walaupun itulah perkara yang saya paling takut akan terjadi, antara saya dan awak.
Sekiranya benar awak membuang saya sebagai satu keistimewaan dalam hidup awak, izinkan saya memohon sesuatu.

Buanglah saya dari kehidupan awak. Tanpa kesan.
Supaya saya juga mampu membuang awak.
Walaupun ianya adalah perkara yang sukar untuk saya lakukan.

Kerana saya benci memikirkan bahawa awak masih ada untuk saya, walaupun saya sudah hilang dari hidup awak.
Saya pinta, jadikan ianya jelas.
Jangan gantung saya tanpa talinya, kerana saya ingin berpaut pada tali lain yang lebih kukuh.
Biarpun sebelum itu, saya harus jatuh.

Maafkan permintaan saya. Saya lakukan ini kerana saya menghargai awak. Saya tidak ingin merosakkan imej awak dalam hati saya. Tidak mahu imej saya dalam hati awak tercemar lebih teruk. Tidak ingin mengganggu awak dengan perlakuan-perlakuan yang bakal merimaskan awak.

Jadi.... izinkan saya berundur sehabisnya.
Semoga awak memperoleh hari-hari yang gembira.

---------------------------------------------------------------------------------------

Surat 2#

Awak tak pernah gagal menggembirakan saya setiap kali kita berkongsi cerita.
Meskipun kisah yang dikongsi adalah kisah sedih kita.
Awak mungkin tidak berpersonaliti putera impian.
Awak tak romantik. Tidak bermulut manis. Bukan juga seorang yang senang menyayangi orang lain.
Awak hanyalah awak. Tidak pernah menipu saya dengan personaliti dan janji-janji palsu.
Kerana itu, saya tidak pernah bimbang tentang apa yang hati awak kata tentang saya.
Semuanya telah terpamer pada diri awak sendiri.
Maka saya tak pernah meragui kedudukan saya dalam hati awak.
Kerana saya tahu, saya bernilai untuk awak, seperti mana awak sangat bermakna untuk saya.

0 comments: