THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 29, 2012

Ulasan sikit

Rasa risau nak bagi pandangan peribadi untuk isu seberat ni, tapi somehow, nak disuarakan.

Jadi, andai kata sesiapa yang lebih berilmu datang baca entri ni, sangatlah diharapkan untuk contact saya, betulkan apa-apa yang salah dan kongsi apa yang anda tahu.

Saya cuma nak bercakap tentang isu Che Det mengulas hukum hudud, berdasarkan transkrip yang saya dapat dari DUNIACACAMARBA.

1. Hukum hudud direka oleh ahli fekah.

Hukum hudud ADA dalam al-Quran. Dan al-Quran adalah direct dari Allah. So saya tak faham bahagian mana yang ahli fekah nak bentuk. Hukum hudud is already perfect. Here is an example of hukum hudud, can be found in Quran:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al-Maidah ayat 38.

2. Dalam menghukum, yang utama bukanlah hukuman itu, tapi keadilan dalam menghukum. Itu yang Islam tekankan.

Saya tak faham dengan maksud keadilan yang ditekankan kat sini. Apa yang saya tahu, adil tu maksudnya meletakkan yang hak pada tempatnya. Ambik situasi orang mencurilah. Setahu saya, walaupun dengan pengakuan pencuri, hukuman tak boleh dijatuhkan selagi belum ada bukti yang betul-betul kukuh dengan aktiviti mencuri tu. Jumlah curian tu pun diambil kira. Kalau tak sampai beberapa amaun, rasanya tak kena potong tangan. Rasanya ada lagi syarat-syarat lain yang diperlukan untuk betul-betul tetapkan potong tangan.

Tangan tu kan nikmat Allah. Allah kasi tangan supaya kita dapat berbakti, sebarkan kebaikan pada orang. Tapi kalau tangan tu digunakan untuk mencuri, menyusahkan orang lain pulak, kita panggil kufur nikmat kan? Allah beri kita tangan tapi kita guna untuk buat kerosakan. Allah tariklah balik. Tapi insyaAllah dengan terpotongnya tangan tu, urusan hukuman mencuri kita selesai kat dunia. Cuba kalau bawak ke akhirat?

3. Adilkah kalau orang Islam kena potong tangan tapi orang bukan Islam cuma masuk penjara?

Tentang macam mana Islam uruskan orang bukan Islam, saya tak mampu komen. Tentang soal orang Islam, saya rasa rakyat negara ni dah ada peluang yang luas untuk didedahkan dengan dosa pahala. Ayat pertama al-Quran pun "Iqra", maksudnya membaca. Allah suruh kita belajar dulu. Lepas tu baru Allah berfirman pasal hukum-hakam. Lagipun macam yang saya dah mention earlier, ada banyak perkara yang kena buat sebelum jatuhkan hukum hudud. Tak senang tau.

"Adilkah kalau pemerintah tak didik rakyat sewajarnya?"

Saya rasa cukuplah 3. Masa mengantuk tak boleh cakap lebih-lebih, takut ke laut. Tapi apa-apa hal pun, ini stance saya. Salah silap yang saya tak perasan, sangatlah berharap diperbetulkan.

https://www.facebook.com/profile.php?id=1074796271#!/notes/hilal-asyraf/bila-mantan-perdana-menteri-berbicara-berkenaan-hudud/2709373178954

http://duniacacamarba.blogspot.com/2012/02/video-panas-ulasan-che-det-bahawa-hudud.html

0 comments: