THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, April 17, 2010

Kabus yang meliputi kini sudah hilang.


Sebenarnya saya nak buat entri tentang satu sikap manusia yang saya tak suka. Tapi saya batalkan. Maka saya ganti dengan entri tentang diri saya.

Baiklah. Physically, saya tak ada apa-apa perkembangan. Masih menjaga anak-anak buah yang lasak dan menghiburkan =) Cuma hari ini saya mengalami bad day.

Yang saya ingin cakapkan ialah, saya terasa seperti sudah menemui satu jalan keluar untuk saya. Sila rujuk entri ini untuk memahami masalah saya.

Saya telah fikirkan dengan teliti, dan saya agak yakin bahawa minat utama saya bukannya komputer, tetapi Bahasa Inggeris. Saya akui saya sukakan Bahasa Inggeris, dan kadang-kadang saya lebih selesa menggunakannya berbanding Bahasa Melayu.

Cuma mungkin kerisauan saya terhadap masa depan mengaburi mata saya terhadap minat dalam Bahasa Inggeris. Bidang komputer ada banyak cabang walaupun dari segi pasaran kerjayanya memang sengit. Bidang Bahasa Inggeris pula sedikit cabangnya. Semasa saya memilih TESL sebagai pilihan kedua saya ketika mengisi borang UPU, saya terfikir kerjaya yang boleh dipilih sesuai dengan kelulusan hanyalah penulis dan guru.

Tapi, kini saya tahu apa yang saya mahu. Kerjaya menjadi perkara kedua jika saya dapat berkecimpung dalam bidang yang saya minati.

Soal cabaran juga sudah diselesaikan. Setiap perkara ada risikonya, ia bergantung kepada kita bagaimana untuk menghadapinya. Dan pada saya, minat dan tekad adalah faktor booster yang penting kepada diri kita. Saya percaya saya ada kedua-dua faktor tersebut. Kerana itu, saya tak takut untuk memilih TESL sebagai bidang saya.

Jika saya menjadi guru atau pensyarah nanti, mungkin saya akan ada masa untuk memulakan rancangan perniagaan saya. Tidak, matlamat saya bukannya menjadi business woman. Macam yag saya katakan tadi, saya hanya mahu berkecimpung dalam perkara yang saya minati. Maka, saya mungkin akan memulakan business menjual bunga, lebih kurang macam buka nurseri bunga lah. Mungkin kalau berjaya, saya boleh mengembangkannya.

Menjadi pensyarah bukannya cita-cita saya, namun jika saya berjaya menjadi pensyarah, saya mungkin akan dapat masa untuk melakukan perkara lain yang saya minati.



Kini jalan saya sudah jelas.




Yang tinggal hanya untuk memulakan langkah.



Teera, ganbatte yo~~~~

.

0 comments: